Bapa Noki K-Clique meninggal dunia, terkilan tak dapat bertemu buat kali terakhir

BAPA kepada penyanyi Noki K-Clique iaitu Aji Lee Ahsam, 66, meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya di Kampung Sipitang, Kota Kinabalu, Sabah pada Jumaat.

Noki atau Ahmad Ikhwan Aji, 28, berkata, dia dalam keadaan tidak percaya apabila mendapat panggilan telefon daripada abang sulungnya memaklumkan pemergian bapa tersayang selepas waktu Maghrib semalam.

Ini kerana katanya, Allahyarham bapanya tidak mengalami sebarang penyakit kritikal melainkan masalah saraf yang dideritainya sejak muda.

noki 3

Noki terus mendapatkan tiket pulang ke Sabah selepas menerima berita kematian bapa.

“Ketika abang sulung telefon beritahu ayah sudah tiada, saya berada di gim ketika itu. Bayangkan dapat khabar mengejut secara tiba-tiba, memang saya tak boleh nak percaya.

“Kemudian kami buat panggilan video dan melihat wajah ayah yang sudah tidak bernyawa… saya lihat mukanya tenang,” katanya ketika dihubungi mStar.

Noki yang berada di Kuala Lumpur ketika menerima khabar duka itu pulang ke kampung halamannya pada awal pagi Sabtu.

Dia ketika dihubungi sedang dalam perjalanan menuju ke tanah perkuburan untuk proses pengebumian arwah bapanya.

“Sukar untuk saya gambarkan perasaan ketika ini. Inilah kali pertama saya merasai kehilangan orang terdekat.

“Sejak umur 30-an lagi ayah sudah berjalan menggunakan tongkat akibat sakit saraf. Dia juga sudah terlantar sejak beberapa tahun lalu namun tidak pernah pula ada sakit lain seperti jantung atau masalah buah pinggang,” ujarnya.

“Saya hanya dapat tike balik ke Kota Kinabalu awal pagi tadi. Saya terus ke kawasan tanah perkuburan untuk urusan pengebumian jenazah,” katanya.

noki 2

Bapa Noki tidak boleh berjalan sejak beberapa tahun lalu akibat sakit saraf.

Bercakap lanjut mengenai bapanya, Noki memberitahu kali terakhir mereka bertemu adalah pada sambutan hari raya lalu dan kali terakhir berbual menerusi telefon seminggu lepas.

Meskipun tidak mempunyai sebarang sakit kronik lain, Noki memberitahu arwah sudah lama terlantar akibat masalah saraf.

“Kali terakhir saya bercakap dengan ayah adalah minggu lepas. Jadi memang rasa amat sedih kerana tidak dapat berjumpa di saat-saat akhir hayatnya.

Sumber Mstar .

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*