Adira Suhaimi Dikatakan Telah Bercerai Dgn Dato Red, Akhirnya Adira Tampil Jelaskan Segalanya

Penyanyi Adira Suhaimi tidak melatah apabila tular sebuah video mengatakan dia sudah bercerai dengan suami, Datuk Seri Adnan Abu.

Menerusi Instagram Stories, Adira menegaskan dia masih isteri kepada Adnan atau lebih mesra disapa Datuk Red.

Kata penyanyi bermur 31 tahun ini, rumah tangga mereka masih bahagia dan harmoni.

Selain itu, pemilik nama Siti Adira Suhaimi berharap peminat tidak tertipu dengan dakwaan daripada akaun palsu itu.

Akaun palsu, jangan tertipu. Tak payah follow. Mungkin dia nak followers sahaja itu.

Alhamdulillah saya masih lagi dengan suami. Masih sayang lagi.

Ketawa tengok video viral

Dalam pada itu, pelantun lagu Maaf turut memohon agar orang ramai mendoakan yang baik-baik sahaja.

Janda anak empat (ketawa). Jangan percaya okey. Dengar boleh. Doakan yang baik-baik.

Untuk rekod, Adira bernikah dengan ahli perniagaan pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand.

Hasil perkongsian hidup, Adira dan suami dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 5, Asan, 4, Anggun, 3 dan Ayub, dua bulan.

Sedikit info Adira.

Siti Adira Suhaimi atau lebih dikenali sebagai Adira ialah seorang bintang Akademi Fantasia yang berasal dari Ranau, Sabah. Gadis ini merupakan anak bongsu daripada 8 adik-beradik. Adira beraksi di pentas akhir Akademi Fantasia Musim 8 dan seterusnya berjaya dinobatkan sebagai naib juara musim tersebut.

Adira aktif menyanyi dengan menyertai kumpulan nasyid sejak sekolah lagi. Malah, Adira sebelum ini pernah menyertai beberapa pertandingan nyanyian di Sabah dan pernah menjadi juara dalam Pertandingan Karnival Budaya 2008.

Malah, dia mewakili daerah Ranau bagi peringkat negeri Sabah dan berjaya mendapat tempat keempat. Sebelum itu, Adira juga pernah menyertai pertandingan menyanyi di Pesta Kobis anjuran pekan Kundasang, Sabah. Dia juara dalam pertandingan itu.

Beliau mula bertudung pada Ogos 2014

Sumber: Instagram @adira.suhaimi via Oh Bulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*