
Seperti yang sudah ramai ketahui, setelah sekian lama mencari pengganti Neelofa sebagai bekas pengacara rancangan MeleTOP, akhirnya Hawa Rizwana mendapat tempat tersebut.
Kedatangan Hawa sebagai pengacara baru rancangan tersebut telah meraih pelbagai reaksi daripada peminat, di mana ada yang menyukainya dan ada juga yang mengkritik dirinya tidak sesuai mengacara MeleTOP bersama-sama, Nabil Ahmad.
Ingatkan sudah reda, tetapi muncul lagi satu video sedang tular di platform Twitter memaparkan pengacara wanita itu mengacara program tersebut tetapi didakwa terlalu kaku.
Netizen beranggapan Hawa lebih sesuai menjadi pembaca berita dari menjadi hos rancangan hiburan dan program terbabit ‘selamat’ kerana mempunyai Nabil di sisi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata mempunyai pandangan yang sama iaitu Hawa sangat kaku dan sempat memerli dia perlu menjadi ‘intern’ dahulu.
Sehingga kini, tweet terbabit telah meraih lebih dari 7000 tanda suka dan 3000 lebih retweet daripada pengguna platform.
Sedikit info Hawa Rizwana,
Hawa Rizwana Ahmad Redzuan (lahir 7 September 1995) merupakan seorang penyampai berita Malaysia, terkenal sebagai penyampai Berita TV9 (2016-2018) dan kini merupakan bekas penyampai Buletin Utama di TV3 (2019-2022). Namanya menjadi tular di media sosial kerana memiliki wajah seiras selebriti terkenal, Neelofa.
Bapanya ialah bekas pengacara televisyen, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Redzuan Abdul Rahman.
Hawa Rizwana yang berdarah keturunan Arab, Siam dan Aceh dilahirkan di Illinois, Amerika Syarikat, mula menjalani latihan sebagai penyampai berita ketika masih mengikuti latihan industri sebagai wartawan penyiaran untuk program Wanita Hari Ini (WHI).
Hawa Rizwana pernah mewakili Malaysia untuk persembahan tarian di Hungary sempena Festival Royal Days (Kiralyi Napok) pada 2015. Beliau juga ialah peminat tegar sukan badminton.
Sejak 2020, beliau menjadi salah seorang pengacara Wanita Hari Ini di TV3.
Video,
Salute betul dengan editor sumpah power pic.twitter.com/8PHnVVe4t5
— keem (@AkeemSharyzal) December 7, 2022
Sumber : BeautifulNara
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Leave a Reply