
SETELAH pengumuman pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri ke-10, pelbagai reaksi netizen dikongsikan di media sosial.
Ada yang berpuas hati Malaysia mendapat pemimpin baharu tetapi ada juga yang merasakan sebaliknya.
Berbeza dengan Nur Aqiela Izzaty Roslan, 27, dia ‘mempertaruhkan’ soal jodohnya dengan bernazar untuk berkahwin pada 2022 seandainya Anwar dilantik sebagai perdana menteri.
Imbasnya, sebagai anak sulung dia sememangnya ada menceritakan mengenai keinginan untuk berumah tangga kepada adik-adiknya sebelum ini.
Dia bersedia untuk melayari bahtera perkahwinan setelah menamatkan pengajian peringkat ijazah di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor pada 30 November lalu.
“Tiba-tiba boleh timbul rasa nak bernazar tu masa pergi mengundi.
“Saya ada beritahu adik-adik, kalau Datuk Seri Anwar jadi perdana menteri kakak nak kahwin. Siapa pun masuk meminang, kakak terima saja.
“Beberapa hari selepas pengumuman pelantikan tu saya teruskan niat nak cari jodoh. Tapi masa tu saya malu, jadi tak tahu nak ‘promote’ diri macam mana dekat media sosial,” katanya yang senang disapa Aqiela.
Bagaimanapun Aqiela tetap memberanikan diri meluahkan niat murninya ini di Twitter.
Hasratnya untuk mencari calon suami ini dinyatakan menerusi satu ‘tweet’ sehingga menjadi tular.
Aqiela menamatkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia.
“@TwtJodohMY Tolong, saya ada buat nazar kalau DSAI jadi PM10 saya nak kahwin tahun ini juga. Jadi tolong retweet (ulang kicau) ciapan saya.
“Saya cari suami yang soft-spoken. Tak perlu terlalu islamik cukup sekadar faham agama. Selebihnya kita boleh belajar sama-sama,” katanya.
Selain itu, dia turut memuat naik video di TikTok untuk mencari jodoh sehingga meraih lebih 1.4 juta jumlah tontonan.
Namun, kecaman dan sindiran diterima oleh wanita ini hanya kerana dia memilih untuk menyokong Pakatan Harapan (PH).
Terkesan dengan kritikan itu, Aqiela yang mengakui dirinya mempunyai masalah anxiety dimasukkan ke hospital selama seminggu.
“Setiap kali baca kutukan atau hinaan saya akan ada panic attack sampai sesak nafas.
“Teruk juga mereka ni cyber bully saya. Sangat tak patut dan harapnya perkara itu dihentikan segera sebab saya masih lagi terkesan sampai sekarang,” ujarnya lagi.
Terbaharu, wanita yang menetap di Gombak, Kuala Lumpur ini turut membuat hantaran di Twitter bagi membalas salah satu posting sindiran yang ditujukan buat dirinya.
Dalam ciapan itu Aqiela menjelaskan bahawa dia sudah bertemu dengan calon suami yang merupakan seorang lelaki Cina Muslim.
Aqiela membalas tweet yang seakan menyindirnya.
“Sebenarnya dalam pada saya dikecam sebab tweet tu viral, saya dah jumpa bakal jodoh tu.
“Kawan sekolah yang kenalkan selepas dia terbaca posting saya buat. Saya terbuka hati nak terima dia sebab pandai ‘tackle’ saya.
“Tapi saya tak akan dedahkan identiti lelaki itu sebab nak hormat privasi dia. Saya cuma nak mohon netizen doakan yang baik-baik buat kami.
“Kita hanya mampu merancang. Jadi kalau ada jodoh kami kahwin. Kalau tak (berjodoh), kami kawan saja,” katanya menutupi kisah.
Sumber Mstar .
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply