
Gara-gara sering membuat sesi siaran langsung di TikTok bersama ahli perniagaan Nur Sajat, Dr Syed Aliff Fauzan Syed Mohamad, 28, mula mendapat perhatian dalam kalangan netizen.
Memiliki rupa paras kacak, ramai beranggapan doktor yang kini bertugas di Klinik Kesihatan Ujong Pasir, Melaka itu adalah ‘buah hati’ baharu Sajat.
Menurutnya, setiap kali membuat sesi siaran langsung termasuk di ruangan komen video yang dimuat naik, dia dihujani dengan soalan ‘nakal’ itu.
“Saya tak boleh elak mulut orang nak bercakap. Saya baca komen ‘nakal’ dan spekulasi macam tu. Cuma, ingin dijelaskan saya bukan seperti yang mereka perkatakan.
Saya sudah berkahwin dan tahu menjaga batas dengan orang lain. Jadi, apabila timbul spekulasi ini, tak ada masalah untuk saya.
“Saya buat tak tahu saja. Siapa kenal saya, mereka tahu saya dah berkahwin. Kebanyakan yang bertanya ini dalam kalangan peminat dan pengikut Sajat. Saya jawab macam biasa saja, tak melenting pun.
“Kami tak pernah berjumpa pun, kenal dan berhubung di TikTok saja. Tidak dinafikan, setiap kali saya buat sesi siaran langsung, memang dapat perhatian lebih.
Orang akan tegur ‘inilah doktor yang buat ‘live’ dengan Sajat. Tak terkejut, cuma saya nak orang tahu, saya bukan artis pun, saya orang biasa saja,” katanya.
Menurutnya, kemunculan Sajat pada sesi siaran langsung itu lebih kepada perkongsian mengenai kesihatan.
“Sebelum ini saya memang selalu buat siaran langsung dan buat video soal jawab mengenai penyakit dan kesihatan.
Jadi, ada sekali tu, Sajat nak turut serta dan bertanya soalan. Selepas beberapa kali bersiaran langsung bersama, barulah kami saling mengikuti. Malah, pernah sekali masa Sajat buat siaran langsung, saya pula masuk.
“Selain dari soalan mengenai penyakit, ramai juga bertanya mengenai peribadi saya. Mereka tanya bekerja di mana, solo atau tak dan banyak lagi.
Apa pun, saya nak berterima kasih juga pada Sajat, sebab selepas itu jumlah yang menonton dan ‘likes’ video saya bertambah.
Apa yang bagusnya juga, ramai lagi menonton, turut serta dan bertanya soalan sewaktu saya buat siaran langsung. Jadi, saya boleh buat penerangan lebih lagi mengenai kesihatan,” katanya.
Sumber : HMETRO ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply