Memang Tak Sangka, 8 Selebriti Yang Mungkin Anda Tidak Tahu Sudah Memeluk Agama Islam

Baru-baru ini, dunia hiburan tanah air digemparkan dengan pengakuan daripada penerbit serta pengarah terkenal, Michael Ang yang dikatakan sudah setahun memeluk agama Islam. Pengakuan itu dibuat menerusi akaun media sosial beliau. Ramai juga yang memberi kata semangat kepada Michael Ang.

1. Michael Ang

Berikutan dengan penghijrahan Michael Ang kepada agama Islam, murai.my senaraikan beberapa selebriti Malaysia yang telah berhjrah ke agama Islam.

2. Adam Corrie

Adam Corrie sememangnya terkenal dengan watak gangster yang dipegangnya dalam filem KL Gangster. Dilahirkan dari keluarga beragama Buddha. Sebelum memeluk Islam, Adam mengaku bahawa dia ada seorang atheis, iaitu seseorang yang tidak mempercayai Tuhan.

Hidupnya mula kosong dan tiada pegangan hidup. Oleh itu, beliau mula mencari kebenaran dan akhirnya dipertemukan dengan Islam. Pada 13 Julai 2007, Adam telah memeluk agama Islam dan berkahwin dengan Fazema Mohd Fuad pada tahun 2008.

Adam Corrie Lee Imbau Kenangan 14 Tahun Memeluk Agama Islam - “Nekad Mahu Cari Kehidupan Yang Lebih Baik” | Gempak

3. Stacy Anam

Stracie Angie Anam yang lebih dikenali dengan nama Stacy iaitu isteri kepada penyanyi terkenal, Akim Ahmad telah memeluk agam Islam pada tahun 2015. Selepas memeluk Islam, Stacy mengesahkan nama Islam beliau adalah Ummu Shaikhah Stacy Anam dan Stacy mendirikan rumah tangga bersama Akim pada tahun 2016.

Lengkaplah keluarga kecil Stacy dan Akim

4. Anuar Chew Kim Wah

Anuar Chew Kim Wah adalah pelakon berbangsa cina yan sangat terkenal di Malaysia. Dia juga turut membintangi beberapa filem serta drama melayu. Pada tahun 2013, dia telah memeluk agam Islam dan menggunakan nama Anuar Chew atau Anuar Abdullah.

PELUK ISLAM, AKHIRNYA HIDAYAH MENEMUI LAPAN SELEBRITI INI - Page 6 of 9 - GLAM LELAKI

 

Chew Kin Wah

5. Daphne Iking

Pengacara terkenal Daphne Iking telah memeluk Islam pada tahun 2010 dengan nama Islamnya, Dahlia Eleanor Iking. Beliau juga adalah isteri kepada ahli perniagaan, Azmi Abdul Rahman. Menurut Daphne, dia membuat keputusan untuk memeluk agama Islam selepas melawat Taj Mahal di India.

Nak tutup uban punca Daphne Iking bertudung - Kosmo Digital

 

Cantik berhijab, semoga kekal istiqamah” -Warganet titip pujian buat Daphne Iking - Utusan Malaysia

6. Marion Counter

Marion Counter adalah selebriti kacukan Portgis-Inggeris-Cina ini telah memeluk Islam pada tahun 2010. Beliau adalah isteri kepada usahawan terkenal, SM Nasaruddin SM Nasimuddin.

Nak Cantik, Disayangi Macam Marion Caunter, Rahsianya "Kena Bahagiakan Diri Sendiri Dulu!" - Nona

7. Marsha Milan Londoh

Marsha Milan Londoh yang berasal dari Sabah ini masih menggunakan nama asal beliau selepas memeluk agama Islam pada tahun 2015. Dia berkahwin dengan ahli perniagaan, M. Shaiful Nizam pada Disember 2015.

Bimbang, perit yang berbaloi – Marsha Milan Londoh - Utusan Malaysia

 

Epilog duka Marsha Milan - Kosmo Digital

8. Puan Sri Tiara Jacquelina

Dilahirkan sebagai Jacqueline Eu pada 3 Oktober 1967, Tiara Jacquelina telah memeluk agama Islam pada tahun 1993 selepas mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Allahyarham Hani Mohsin Hanafi.

Cantik & Energetik, Macam Tak Percaya Puan Sri Tiara Jacquelina Pernah Buat "Bungee Jumping" - Nona

 

Tiara Jacquelina gives breath of fresh air to story of KL Musical | Astro Awani

murai.my mengucapkan tahniah kepada selebriti-selebriti di atas kerana telah memeluk agama Islam. Semoga mereka semua mendapat keredhaan Allah dan dapat menjadi umat Islam yang soleh serta solehah, in shaa Allah.

Sumber Murai

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*