Boss Besar Mydin Jumpa Dengan Menteri Datuk Seri Salahuddin Ayub Tapi Netizen Perasan Sesuatu Yg Pelik Boss Mydin Bawa

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, mengadakan pertemuan bersama Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin bagi mencari titik penyelesaian isu kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

Ameer yang juga Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO) berkata pemain industri akan sentiasa bekerjasama memberi pandangan agar kesamarataan dapat dihasilkan untuk kebaikan rakyat dan kerajaan.

“Semalam saya telah diundang ke pejabat YB Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

“Pemain industri sentiasa bersedia berganding bahu bagi menyalurkan pandangan serta idea bagi membantu menyelesaikan kemelut ini,” katanya dalam satu ciapan di Twitter pada Selasa.

Sebelum ini Ameer pernah membangkitkan isu yang dihadapi oleh rakyat seperti kekurangan bekalan keperluan harian, termasuk telur ayam.

Mesyuarat hal serius, buku nota 555 jadi perhatian

Walaupun perkongsiannya di Twitter ditulis dalam nada serius, namun perkara perkara lain pula yang menangkap perhatian warganet apabila melihat Ameer menggunakan buku 555 sebagai catatan nota ketika bertemu menteri berkenaan.

Dalam ciapan tersebut, Ameer turut mengepilkan juga gambar pertemuan bersama Salahuddin Ayub di pejabat kementerian.

Kelibat buku biru kecil 555 itu terserlah apabila detik pertemuan rasmi tersebut dirakamkan dalam satu gambar yang dikongsi oleh Ameer.

Perkara itu mendapat perhatian ramai ekoran buku 555 tersebut sering menjadi pilihan ramai untuk mencatat nota ekoran harganya yang murah, saiznya kecil dan mudah dibawa ke mana-mana.

Kata-kata warganet

Sehubungan itu ciapan Ameer tersebut ‘dihujani’ oleh pelbagai maklum balas menarik daripada warganet, rata-ratanya tertarik akan tindakannya yang menggunakan buku 555 untuk mencatat nota di depan menteri.

“Buku 555. Allahuakbar..” kata warganet bernama @azman6089.

“Real bisnesman!” kata warganet bernama @BakrunHaedar.

 

 

 

Ramai yang tidak menyangka bahawa pemilik permis ternama seperti Mydin akan menggunakan buku itu walaupun banyak lagi medium catatan nota lain yang lebih ‘kelas’, apatah lagi untuk digunakan di hadapan menteri.

Secara tidak langsung, ia memberi nostalgia kepada pengguna media sosial berkenaan buku 555 yang hampir ditelan dek zaman kerana hayatnya yang kini semakin kurang digunakan.

https://twitter.com/ameermydin/status/1602596788816711681?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1602596798966956032%7Ctwgr%5E4a57daab6d6afa711b491a0aac5c2afa2456e59a%7Ctwcon%5Es2_&ref_url=http%3A%2F%2Fwww.awatttsyeikhh.com%2Fboss-besar-mydin-jumpa-dengan-menteri-datuk-seri-salahuddin-ayub-tapi-netizen-perasan-sesuatu-yg-pelik-boss-mydin-bawa%2F

Sumber: Ameer Ali Mydin/Twitter via Siakap Keli

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*