Hanya Kerana Nak Dapatkan Air Free, Netizen Sedih Tengok Rakaman Wanita Tua Ini Sanggup Tolak Anak Kecil Sebab Nak Berjoget

Pernah menjadi bualan hangat dan mendapat kecaman yang hebat apabila pemilik truck air menawarkan tawaran tidak masuk akal dimana air percuma dengan satu tarian.

Baru-baru ini tular satu video seorang nenek yang sanggup menari demi mendapatkan air percuma di sebuah truck. Video tersebut telah menjadi tumpuan ramai apabila melihat tindakan nenek tersebut terhadap cucunya.

Sanggup Tolak Cucu Demi Air Percuma

Menerusi video yang dikongsi oleh AsyrafRosli_ di twtt3r, nenek tersebut leka dengan tariannya demi mendapatkan air yang percuma sepertimana yang ditawarkan oleh pemilik truck jualan air tersebut. Terlihat cucunya yang berada di sampingnya cuba menariknya namun apa yang lebih menyedihkan, nenek itu sanggup menepis tangannya lalu memarahi cucunya yang berada disampingnya dihadapan khalayak ramai.

Sumpah Kesian Gila Cucu Dia

Menjengah ke ruangan komen kongsian tersebut, rata-rata netizen mengungkapkan rasa sedih dan kasihankan budak itu selepas melihat tindakan nenek itu terhadapnya. Ada juga yang mengatakan pasti sakit budak tersebut selepas ditepis neneknya dengan begitu kuat.

Tertarik dengan komen-komen yang mengatakan berikut situasi tersebut seolah-olah memberi gambaran ketika zaman dajjal nanti dimana zaman tersebut tiada makanan dan air. Namun Dajjal datang menawarkan kesemua itu namun syaratnya hanya mengakui dirinya tuhan sahaja.

 

 

 

 

Time dajjal turun kita laki akan ikat isteri anak2 perempuan semua. Time tu iman semua akan diuji dan makanan pun tkda, dajjal offer roti.

Baru offer air suruh joget, dajjal dtg lagi macam2 dia offer suruh mengaku dia tuhan je. Allahu statement aku pun terpaling tarbiyah betul, baru teh ais free belum lagi dajjal bagi emas free.

Apa-apa pun pihak MuraiMY berharap agar budak tersebut dalam keadaan baik. Semoga pihak yang bertanggungjawab dapat membuat tindakan yang sepatutnya atas kejadian yang tidak sepatutnya berlaku.

Video,

SUMBER:Muraimy

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*