
PENYANYI Sharifah Zarina berpendapat bersikap tegas dalam mendidik anak-anak tidak akan membawa perubahan positif kepada mereka.
Menurut Zarina atau nama sebenar Sharifah Zarina Wan Hassan, 41, pendekatan tersebut kurang sesuai pada hari ini kerana ia boleh menganggu perkembangan anak-anak.
Berkongsi pengalamannya, Zarina memberitahu sebelum ini dia merupakan seorang ibu yang tegas terutamanya semasa mendidik anak sulungnya iaitu Athalia Deena Buswani yang kini berusia 19 tahun.
Zarina dipuji sebagai seorang ibu yang bersikap terbuka.
“Sewaktu Athalia masih bersekolah dulu, saya pernah bersikap tegas sehingga tidak memberi kebenaran untuk dia keluar dan juga tidak boleh menggunakan telefon bimbit.
“Namun, saya merasakan tindakan itu tidak berhasil kerana apa yang saya lihat dia lebih culture shock dan tidak pandai bergaul dengan orang ramai,” katanya ketika dihubungi mStar.
Zarina berkongsi pandangannya itu susulan video tular yang memaparkan anaknya sedang video call bersama seorang lelaki.
Berkongsi video tular itu, penyanyi lagu Langit Ketujuh ini menjelaskan dia hanya mahu mengejutkan anaknya daripada tidur, namun terkejut melihat ada cahaya lampu di wajah anak perempuannya itu.
Kata Zarina, dia sengaja merakam momen berkenaan untuk dikongsi di media sosial.
“Sebenarnya masa tu saya masuk bilik nak kejutkan Athalia. Lepas tu saya tengok macam pelik kenapa muka dia ada cahaya.
Saya pernah bersikap tegas sehingga tidak memberi kebenaran untuk dia keluar dan juga tidak boleh menggunakan telefon bimbit.
“Rupanya mereka sedang sleep call. Pada saya itu kelakuan yang comel dan relate dengan anak muda sekarang. Saya tahu dekat luar sana pun ramai sahaja remaja yang berbuat demikian. Itu sebab saya rakam dan kongsikan di media sosial,” ujarnya.
Sementara itu, Zarina berkata dia memahami jiwa anak gadisnya itu kerana dia juga pernah melakukan perkara yang sama ketika sedang bercinta dengan suaminya dahulu.
“Dulu sewaktu saya bercinta dengan suami, kami pun macam tu juga. Cuma dulu tiada panggilan video, hanya boleh berhubung menerusi telefon sahaja.
“Saya lebih bersikap terbuka kerana merasakan dengan cara ini dapat merapatkan lagi hubungan antara kami anak beranak kerana Athalia akan berkongsi semuanya kepada saya,” tambahnya lagi.
Terdahulu,
Anak ‘Sleepcall’ Dengan Pakwe? Ramai Puji Sharifah Zarina Sporting & Memahami
Sebelum ini, anak kepada penyanyi, Sharifah Zarina iaitu Athalia Deena Baswani menjadi bualan hangat netizen gara-gara memuat naik video berpelukan dengan seorang lelaki di aplikasi TikTok.
Pun begitu, baru-baru ini, nama anaknya itu kembali meraih perhatian ramai apabila menerusi sebuah video pendek yang dimuat naik oleh Zarina di laman TikToknya, kelihatan anak gadisnya itu sedang ‘sleepcall’ bersama seorang lelaki yang dipercayai teman lelakinya.
Dalam video berkenaan, penyanyi yang berusia 41 tahun itu masuk ke dalam bilik anak gadisnya yang sedang nyenyak tidur sambil membuat panggilan video bersama seorang lelaki.
“Tabahlah mak!” ujar Zarina ringkas di ruangan kapsyen.
Sportingnya Zarina dengan anak, untung la!
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan memuji sikap dimiliki Zarina yang tidak memarahi dan memahami perasaan anak gadisnya itu yang berada di fasa menjalin hubungan percintaan.
Kalau mak ayah aku, dah lama kena ‘bantai’!
Malah, netizen turut berkongsi pengalaman ketika ‘sleepcall’ bersama kekasih dimana mereka akan dimarahi oleh keluarga masing-masing jika tertangkap membuat perkara sedemikian.
Tidak kurang juga, ada netizen yang meluahkan rasa ingin tahu bagaimana Zarina mempunyai pemikiran terbuka seperti itu memandangkan mereka akan dipukul oleh ibu bapa sendiri jika ‘kantoi’ tidur bersama kekasih secara panggilan video.
Video,
— RedsJakes (@RedsJakes) December 15, 2022
Sumber: TikTok @realsharifahzarina
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply