Wanita Arab Ini Selalu Minta Sedekah Tapi Satu Hari Semua Kantoi Bila Ada Orang Nampak Kereta Mewah Ini Jemput Dia

Rakyat sendiri sudah sedia maklum tentang sindiket peminta sedekah yang bukan hanya tidak dapat dibendung namun dilihat semakin berleluasa di negara kita terutamanya Kuala Lumpur.

Kawasan Bukit Bintang dan city centre sebenarnya dipenuhi dengan ‘geng’ peminta sedekah dalam kalangan warga asing termasuklah di tepi tepi jalan.

Bak kata orang, rakyat Malaysia ini baik hati dan rajin bersedekah sehinggakan kadang kala terus sahaja menghulurkan duit tanpa memeriksa dengan lebih lanjut.

Dah bagi makan tetap nak duit

Tular perkongsian seorang pemuda baru-baru ini di TikTok apabila dia memberi peringatan kepada orang ramai agar berhati-hati dengan wanita Arab dijumpainya di Jalan Bukit Bintang.

Ketika kejadian, pemuda dikenali sebagai Hazim Nazril itu didatangi wanita tersebut yang meminta sedekah dan mengaku sedang kelaparan.

Dia kemudian terus membelikan shawarma namun wanita itu tetap meminta wang daripadanya membuatkan Hazim kasihan dan menghulurkan duit.

Malam malam Ferrari datang jemput

Tambahnya lagi, wanita itu selalu dijemput oleh ‘seseorang’ yang memandu sebuah kereta Ferrari di sekitar kawasan berkenaan pada waktu malam.

Ramai pernah terserempak

Menjengah ruangan komen, rupa-rupanya ada yang mengakui pernah terserempak dengan wanita yang sama bukan sahaja di Bukit Bintang tetapi juga sekitar ibu kota Melaka.

Bukan itu sahaja, dia juga dikatakan turut membawa ahli keluarga untuk meminta sedekah dan memarahi orang yang enggan memberikan mereka wang.

 

SIAP JUMPA KAT MELAKA

 

 

 

Tak Bagi Duit Nanti Dia Akan Marah

 

 

Video,

Sumber : BeautifulNara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*