
Kejelitaan bekas ratu cantik dan juga kini adalah seorang pelakon, penyanyi dan pengacara dikenali juga dengan nama Erra Fazira sememangnya diakui ramai. Di usianya kini yang meningkat kecantikan masih dijaga dan tak banyak berbeza dari zaman mudanya.
Kini kecantikan Erra Fazira itu diwarisi oleh anak perempuannya, Engku Aleesya yang kini sudah meningkat usia remaja. Baru-baru ini tular perkongsian satu rakaman dengan paparan Erra Fazira meluangkan masa bersama dengan anak perempuannya itu telah mencuri perhatian ramai.
Dalam muat naik itu dipaparkan bhw Erra Fazira bersama anaknya yang mengenakan pakaian serba hitam dan putih manakala bertudung kelabu. Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah penampilan anaknya yang sangat sopan dan berhijab.
Betullah kata pepatah mengatakan mana tidak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Cantik dan jelita persis ibunya juga! Perkongsian rakaman anak Erra Fazira dipuji ini yang dimuat naik menerusi Instagram selebriti jelita itu telah meraih lebih daripada 300 ribu tontonan.
Di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian tersebut. Ada yang kagum dengan kecantikan anak Erra Fazira ini dan turut memujinya kerana berpakaian sopan.
Berikut antara yang diluahkan oleh warganet menerusi ruangan komen perkongsian rakaman tersebut:
“Cantik nye anak dara Era pakai hijab. Kekal pakai hijab nya anak cantik”
“Tolong la macam adik dengan kakak jelesnyaa”
“Alhamdulillah. Tahniah Erra kerana didik anak untuk berhijab. Semoga istiqamah. Semoga Allah permudahkan, kurniakan keberkatan dan kejayaan kepada Erra sekeluarga”
“Suka Aleesya sebab dia tak perlu seksi-seksi untuk popular. Pemalu pun ye”
Berikut adalah rakaman yang membuatkan anak Erra Fazira dipuji dengan penampilan sopan dan berhijab tersebut:
— RedsJakes (@RedsJakes) December 16, 2022
Sumber Syor
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply