TUKANG MASAK PENGOTOR!!, NETIZEN KEMBANG TEKAK TENGOK KELAKUAN WANITA INI SAMPAI ADA YANG SYAK ‘PELARIS’ SEBAB MAKANAN SEDAP

Jijik dan pengotor paling tepat. Sudahlah pegang kem4luan anak lelaki yang baru selesai membuang air kecil di dapur, si ibu sekadar celup-celup tangan dalam air kembali menyediakan makanan yang dimasak untuk pelanggan.

Begitulah tindakan jijik seorang wanita yang dipercayai tukang masak di sebuah kedai makan berdekatan sebuah pasaraya di Pekan Kota Tinggi di Kota Tinggi, Johor.

Bukan sekadar itu sahaja, dia kemudian dilihat memegang lauk-pauk yang sudah siap dimasak dan memindahkan ke dalam pinggan untuk dihidangkan kepada para pelanggan.

Lebih meloyakan lagi apabila wanita berkenaan mencelup jari beliau di dalam air yang sama sebelum meneruskan masakan lain.

Video yabg viral berdurasi 1 minit dan 41 saat itu ternyata membangkitkan kemarahan nurtizen.

Apa yang dikesalkan ialah apabila dua orang dewasa dipercayai ibu bapa kanak-kanak itu tidak menghalangnya untuk membuang air kecil, malah dibiarkan melakukannya di dapur pula.

Bayangkanlah betapa pengotornya perangai apabila membiarkan si kecil itu kencing merata di kawasan yang menempatkan makanan untuk pelanggan.

Malah dikatakan juga, bekas air yang dicelup tangan selepas membersihkan alat sulit anak adalah air sama digunakan untuk mencelup senduk.

“Air dia celup-celup cuci kencing anak tadi… buat celup senduk pun dalam air yang sama. B*** betul perangai,” ujar seorang netizen.

Rata-rata warganet juga mempersoalkan sama ada kedai tersebut mempunyai tandas atau tidak sehingga kanak-kanak diajar menjadi pengotor kencing merata.

 

 

Tak ada tandas kat kedai makan ke? Ajar budak jadi pengotor, dah tempat memasak meniaga… tutup kedai la weh.

Pengotor, ajar anak pulak kencing merata.Tak berbau ke dekat situ? Takkan kedai makan tak ada tandas kot.

“Nak salahkan budak tak boleh sebab jugak tak reti bahasa lagi, mak ayah tak ajar adab sopan atau macam mana,” ujar beberapa netizen.

Dalam pada itu, terdapat netizen yang mendakwa tindakan itu sebagai ‘pelaris’ jualan makanan di premis berkenaan.

Itulah pelaris dia, sebab itu orang ramai datang kedai.Wow, hebat sekali dia punya pelaris,” ujar netizen lain.

Susulan itu, netizen meminta pihak berwajib memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap premis berkenaan kerana didakwa mengabaikan aspek kebersihan makanan.

Video,

SUMBER:MSTAR0nlNe.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*