“Aduh Ngilunya Tengok”- Lelaki Masukkan Bahu Tercabut Buat Warganet Ngilu Rasa Mcm Bahu Sendiri Bergerak

Tular satu video di laman sosial tiktok, seorang lelaki terduduk diam apabila tulang bahunya teralih dari tempat asal.

Namun, tindakan lelaki itu telah membuat para netizen terkedu dan ngilu apabila melihat tindakannya yang luar biasa itu.

Video tersebut telah dirakam oleh ahli keluarganya sendiri dan dikongsi di akaun tiktok @kisahmamy.

Menerusi video tersebut, terlihat seorang lelaki yang menahan kesakitan apabila tulang bahunya teralih dari tempatnya.

Menurut pemilik akaun, sesiapa yang mempunyai masalah seperti ini tidak boleh mengangkat barang berat kerana itu sangat berisiko untuk mereka.

Katanya lagi, untuk merawat masalah ini, pesakit perlu menggunakan minyak dan urut sehingga tulang bahu itu kembali kepada asal.

so dorang ni takleh angkat benda berat tau ataupun tersalah kalih tangan. kalau tak, abislah.

“Aduh Ngilunya Tengok”

Hasil tinjauan Murai MY di ruangan komen video tersebut, ramai yang turut merasakan ngilu apabila melihat lelaki itu membetulkan tulang bahunya. Ada juga yang mengatakan mereka turut tarik nafas bila tengok lelaki itu tolak tulang bahunya.

Siot lahhh ngilu tetibe rasa kebas seram sejuk

ya allah dh mcm main lego ? aduuu ngilu tengok?

aku yg tahan nafas tengok dia tolak tulang bahu??

Tertarik dengan komen dari seorang doktor yang mengatakan panggilan buat penyakit ini dalam bidang perubatan ialah anterior discolation.

Ahli physiotherapist turut memberi saranan untuk sentiasa buat senaman bahu untuk memastikan tulang itu kuat.

Dalam medical term, we called anterior discolation.- kata doktor

Wow subluxation. Digalakkan buat senaman bahu bagi kuat balik.-physiotherapist.

 

 

Pihak Murai MY berharap agar lelaki tersebut akan lebih berhati-hati selepas ini bagi mengelakkan ianya berlaku lagi.

Video,

Sumber MST .

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*