
Seperti yang anda semua tahu, pempengaruh media sosial dan juga doktor pakar bedah iaitu Dr. Amalina Che Bakri baru sahaja menimang anak pertamanya, Arabell Mia.
Baru-baru ini, doktor perubatan berusia 35 tahun tersebut telah membuat sesi soal jawab di laman sosial Instagram menerusi ‘Ask Me Question’.
Menerusi Insta Stories nya, seorang pengguna Instagram sempat bertanya satu soalan mengenai servis sunat anak atau khatan perempuan di United Kingdom.
Dekat sana dorang ada ke servis sunatkan bayi perempuan ke Dr?
Tampil menjawab soalan tersebut, Amalina berkata bahawa sunat anak perempuan adalah dilarang di United Kingdom.
Tidak, ia adalah har4m di UK!!
Dalam hantaran berbeza pula, seorang lagi pengguna telah bertanya bagaimana pula dengan servis sunat anak lelaki di United Kingdom.
Dr.. macam mana pula dengan sunat lelaki pula? Is it legal in UK?
Menurut Amalina, berkhatan untuk golongan lelaki adalah dibolehkan dan boleh dilakukan di hospital di United Kingdom.
Ye, berkhatan lelaki boleh dan tiada masalah dilakukan di hospital.
Bagaimanapun, perkongsian tersebut telah mengundang pelbagai respon dan mencetus perdebatan nurtizen mengenai hukum sunat bayi perempuan di dalam ajaran agama Islam.
Tampil memberi penerangan, doktor perubatan berusia 35 tahun itu berkata perkara tersebut merupakan peraturan di negara United Kingdom.
Menerusi hantaran terbaru di Instagram Story, Amalina memaklumkan khitan bagi bayi perempuan atau dikenali sebagai Female Genital Mutilation/Cutting (FGM/C) adalah haram dilakukan di negara tersebut.
Malah, ibu kepada bayi perempuan bernama Arabell Mia itu meminta rakyat Malaysia yang suka mengecam untuk membaca sendiri dan mencari maklumat apa yang dikatakan oleh Imam dan Muslim British Council di United Kingdom.
Saya tak tentukan hukum ya, saya jawab soalan orang yang bertanya.
Menurut Amalina, terdapat pelb.agai pendapat berkenaan khitan mengikut fatwa dan negara masing-masing.
Kalau anda tidak puas hati, boleh tan.ya sendiri kepada Imam di UK.
Dalam pada itu, isteri kepada Alexander Charles itu me.minta netizen Malaysia untuk berhenti mengec.am orang Islam di negara lain.
Kalau ragu-ragu ikutlah pendapat mufti di tempat anda sendiri.
Sumber BN.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply