
Penampilan artis lelaki Indonesia, Afgan yang membuat konsert di Kuala Lumpur malam tadi sememangnya telah membuatkan peminat setia pelantun lagu Terima Kasih Cinta terbuai dengan mimpi.
Kejutan buat peminat wanita yang berulang tahun.
Mana tidaknya, Konsert Afgan Evolution Live In Kuala Lumpur yang berlangsung di Dewan Plenary KLCC telah menghadirkan kejutan buat seorang peminat wanita yang kebetulan berulang tahun.
Peluk peminat wanita. Menerusi video yang dikongsikan BOOM! dapat dilihat Afgan menghampiri peminat wanita terbabit sambil menyanyikan lagu Happy Birthday kepadanya.
Tak sesuai dengan budaya kita. Namun, apa yang membuatkan netizen di ruangan komen portal hiburan tersebut kurang senang adalah tindakan penyanyi itu yang memeluk erat peminat bertudung lebih-lebih lagi aksi berkenaan mendapat sorakan dari satu dewan yang sepertinya cemburu melihat momen ‘sweet’ tersebut.
Kebanyakan mereka meluahkan tidak selesa dengan perkara terbabit kerana merasakan budaya tersebut tidak sesuai diaplikasikan di Malaysia.
“Boleh tolak secara baik kot”
Konsert Afgan Evolution Live In Kuala Lumpur yang berlansung pada 17 Disember 2022 di Dewan Plenary KLCC telah menyaksikan penyanyi berbakat itu menyampaikan 20 buah lagu hits miliknya termasuklah Terima Kasih Cinta, Jodoh Pasti Bertemu dan Bukan Cinta Biasa.
Kehadiran penyanyi lagenda, Datuk Sheila Majid yang memberi sokongan kepada Afgan juga mencuri perhatian ramai dan sempat sama-sama mendendangkan lagu popularnya, Ku Mohon.
Video,
— RedsJakes (@RedsJakes) December 18, 2022
Sumber : ohmymedia.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply