
Berbulan sebelum ini, seorang warga emas, A. Bakar Che Ahmad menjadi mangsa kritikan segelintir nurtizen yang memandang rendah dengan keupayaannya membina rumah terapung bagi menghadapi musim banjir.
Difahamkan, warga emas berusia 67 tahun itu telah melakukan inovasi selepas dia dan isteri, Fatimah Salleh, 61, mendapati rumah mereka semakin usang apabila ditenggelami bah saban tahun.
Katanya, rumah berkenaan diperbuat daripada kayu dan telah disokong dengan 69 biji tong plastik yang bakalberfungsi sebagai pelampung apabila musim banjir tiba nanti.
Tambahnya lagi, kos pembinaan rumah kelong itu memakan perbelanjaan kira-kira hampir RM47,000 dengan sokongan daripada tujuh orang anaknya.
Rumah terapung a.k.a rumah terapung akhirnya telah berfungsi!
Terbaharu, bekas pemandu lori itu mampu tersenyum lebar apabila rumahnya kini terapung di mana saat ini air banjir sedang melanda di kampungnya terletak di Kampung Tebak, Air Putih, Kemaman, Terengganu.
Ia dapat dilihat menerusi hantaran yang dikongsikan oleh salah seorang anaknya di platform TikTok, pada hari ini.
Dalam hantaran berkenaan, dia memberitahu rumah itu telah diikat pada dua tiang setinggi enam meter yang dibina pada sisi kiri dan kanan. Ia dibuat bagi memastikan rumah tersebut tidak hanyut selain mengambil banyak faktor termasuk kel4juan arus banjir sebelum membinanya.
Terdahulu, bapanya pernah memberitahu rumah kelong tersebut mampu terapung pada musim banjir pada ketinggian sehingga mencapai lima meter!
Alhamdulillah, tahniah pakcik! Usaha tak pernah khianat hasil
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan nurtizen di mana masing-masing teruja dan kagum dengan hasil yang diusahakan oleh warga emas bersama anak-anaknya.
Video,
— RedsJakes (@RedsJakes) December 19, 2022
Sumber: Kosmo! (Nik Nur Izzatul Hazwani Nik Adnan), TikTok @jimat_fishing2
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply