Hana Elite Hilang Sabar Dengan Watie Kerana Gagal Bayar Hutang Perintah Mahkamah, Rupanya Hana Berang Sebab Watie Ada Buat Benda Ini

BEKAS anggota kumpulan Elite, dikenali dengan nama Hana Adnan sudah hilang sabar apabila pelakon dan penyanyi Watie Sadali yang masih enggan membuat pembayaran ansuran sebanyak RM2,500 sebulan seperti mana dipertintahkan Mahk4mah Sesyen Selayang pada 2017.

Hana atau nama sebenarnya Norhanasafiza Mat Adnan, 44, berkata, Watie tidak pernah membayar walaupun sesen kepadanya apatah lagi untuk berjumpa dengannya bagi mencari jalan penyelesaian sekiranya sukar melunaskan bayaran ditetapkan mahk4mah.

“Saya masih lagi berlembut hati untuk dia datang kepada saya seandainya dia ada masalah membayar ganti rugi yang diperintahkan oleh mahk4mah.

“Seandainya dia masih anggap saya sebagai kawan baik, setidaknya beritahulah saya jika dia hanya mampu bayar sedikit sahaja… bukannya diam seribu bahasa dan tidak ada usaha buat sebarang bayaran,” katanya ketika dihubungi oleh mStar pada Isnin.

hana1 - 1

Hana ambil tindakan terakhir tuntut g4nti rugi.

Untuk rekod, pada 10 Mac 2015, Hana telah memenangi s4man terhadap Watie berhubung kegagalan pelakon itu untuk menyelesaikan bayaran pinjaman bank yang telah menggunakan namanya untuk membeli kenderaan jenis Toyota Wish.

Hana mendakwa dirinya membuat pinjaman bank untuk kenderaan itu sekitar September 2005 bagi pihak Watie sebanyak RM150,000 kerana pelakon terbabit tidak layak membuat pinjaman.

Namun, akhirnya Watie gagal mematuhi syarat ditetapkan seperti membayar ansuran bulanan, cukai jalan, insurans dan perkara berkaitan sejak September 2010 sehingga menyebabkan Hana diisytiharkan muflis.

Bagaimanapun, pada 18 Mei 2017, Hana memfailkan tuntutan s4man penghutang penghakiman terhadap Watie selepas dia gagal membayar ganti rugi yang ditetapkan mahk4mah pada 28 Ogos 2014.

Mahk4mah Seksyen Selayang memerintahkan pelakon itu membayar ansuran sebanyak RM2,500 sebulan kepada Hana sebagai penyelesaian bayaran tuntutan ganti rugi berjumlah RM707,351.83.

Dalam pada itu, Hana turut meluahkan rasa kecewa apabila mendapat tahu Watie atau Norwati Sadali, 46, dikatakan hidup m3wah dan berjaya dalam perniagaan diusahakan.

Kata Hana, dengan zaman teknologi sekarang, tidak sukar bagi dia mengetahui perkembangan dan gaya hidup aktres tersebut dan terfikir punca dia gagal melunaskan hutang.

“Kawan saya pun selalu nampak dia berniaga menerusi TikTok, malah ada mendakwa melihat Watie membeli dua pasang kasut berjenama mewah antarabangsa.

“Melihatkan kelakuannya itu membuatkan saya sedih kerana sembilan tahun saya menderita kerana hut.ang tetapi dia boleh hidup senang-lenang,” ujarnya.

Mengulas lanjut tindakannya membuka semula fail kes berkenaan di m4hkamah, Hana berkata, dia terpaksa menunggu selama tiga tahun untuk berbuat demikian kerana mengumpul wang membayar peguam.

hana2 - 1

Kemelut Hana dan Watie Elite masih lagi belum selesai.

Jelasnya, banyak wang dihabiskan untuk menuntut kea.dilan dan terpaksa berhempas pulas mencari dana bagi meneruskan kes ini di m4hkamah.

“Kalau tanya saya kenapa baru sekarang nak failkan, jawapannya sebab saya tak ada duit nak bayar peguam.

“Tiga tahun ini saya ambil masa kumpul duit, lebih-lebih lagi waktu pandemik… semua orang struggle tiada pekerjaan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Hana memberitahu kes tersebut akan disebut semula pada 29 Disember ini dan sekiranya Watie gagal membayar ganti rugi kepadanya, aktres itu berdepan hukuman p3njara.

Kata Hana, ini adalah usaha terakhirnya untuk menuntut keadilan selepas bertahun-tahun menjadi mangsa kepada rakan sendiri.

Sumber Mstar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*