Sakan Menari Dalam Kereta Sampai Kena Kecam, Fuad Rahman Dedah Kisah Sebenar Di Sebalik Video Tular… “Ada Masa Buat Silap Tapi Masih Ingat Allah”

NAMPAKNYA pasangan penyanyi Fuad Rahman dan Tom terus menjadi bahan kritikan netizen sejak mengumumkan mereka sedang menjalinkan hubungan cinta baru-baru ini.

Terbaharu, Fuad dan Tom dilihat menari sangat sakan dalam sebuah kereta seperti sedang berpesta di kelab malam yang membuatkan peminat meluat sungguh dengan aksi keterlaluan bekas peserta program Gegar Vaganza musim kesembilan 9GV9) ini.

Tampil mempertahankan diri, Fuad atau Mohamed Fuad Abdul Rahman, 43, berkata, rakaman video yang viral itu hanyalah sekadar meluahkan rasa gembira dan memenuhi permintaan pemandu e-hailing yang mereka ketika itu.

fuad 33

Fuad dan Tom kembali bercinta selepas 12 tahun terpisah.

“Video tersebut hanya suka-suka sahaja. Ketika itu kami dalam kenderaan e-hailing selepas menga.dakan persembahan di Singapura. Pemandu tersebut minta saya nyanyi tapi dis.ebabkan penat saya beritahu tak boleh berbuat demikian.

“Jadi dia pasang lagu-lagu ketika zaman saya mu.da dulu. Ketika itu juga saya terk.enang apa yang telah dilalui sebelum ini dan mengingatkan supaya saya tidak lagi terlibat dengan kerja-kerja jahat.

“Manusia tidak sem.uanya sempurna. Ada masa buat silap juga. Mungkin aksi terse.but kurang disenangi orang, tapi saya ini sentiasa ingat pada Allah dan terus mendidik diri untuk jadi lebih baik,” katanya kepada mStar.

Rupanya Bekas Kekasih Fuad Rahman, Tapi Mengapa Tak Pernah Cerita? Tom; “Tak Pernah Ada Orang Tanya.” - Media Hiburan

Dalam pada itu, Fuad berkata, dia tidak mahu mengambil serius dengan kec4man netizen yang sering mencari kesalahan sejak mereka kembali bercinta.

Bagaimanapun kata Fuad, dia akan menjawab seb4rang tuduhan atau kekeliruan yang timbul bagi mengelakkan salah faham berlarutan dalam kalangan peminat.

“Saya telah melalui fasa hidup yang lebih teruk berbanding kecaman netizen. Lagipun saya faham kritik4n itu adalah sebahagian daripada hidup seorang artis. Jadi sejak dahulu lagi saya sudah bersedia.

Jahil bab agama, Tom mohon maaf isu foto mesra dengan Fuad Rahman - “Sebelum ini berpelukan dengan lelaki perkara normal” - Sensasi | mStar

Mungkin aksi tersebut kurang disen4ngi orang, tapi saya ini sentiasa ingat pada Allah dan terus mendidik diri untuk jadi lebih baik

“Namun kalau ada yang berkata buruk atau buat tuduhan tidak betul, saya akan jawab. Orang tidak berada di tempat saya boleh kata apa sahaja sed4ngkan mereka tidak tahu perkara sebenar.

“Apa yang penting adalah saya, Tom, keluarga, dan teman-teman rapat tahu apa kami buat. Dalam masa sama kecaman nurtizen ini juga penting untuk kami perbaiki diri jika ada buat salah,” jelasnya.

Cinta Tom atau Raja Farah Afzal Raja Ikram, 36, dan Fuad kembali bertaut selepas 12 tahun berpisah ketika mereka sama-sama terlibat dalam pro.gram GV9 baru-baru ini.

fuad 22

Tom adalah orang yang banyak memberi semangat ketika Fuad melalui waktu sukar.

Mengakui pernah meninggalkan Tom sendiri selepas ditahan pihak berkuasa akibat masalah dad4h, Fuad berharap dia dapat menebus kembali kesalahan lalu dalam hubungan kali ini.

“Tom sudah berjumpa kelu4rga saya dan ibu pun terima dia seadanya. Ibu saya tahu kami pernah bercinta dahulu dan sekarang ini apa yang menjadi keutamaan baginya adalah melihat saya bahagia.

“Saya pun sudah kenal rapat dengan keluarga Tom. Perancangan untuk berkahwin memang ada namun bukanlah dalam masa terdekat,” ujarnya.

Video yang tular,

https://www.youtube.com/watch?v=V0cXVtG0zUg

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*