Tanah runtuh Batang Kali: Mayat kanak-kanak perempuan ditemui, angka korban kini 25

MAYAT seorang kanak-kanak perempuan ditemui di lokasi kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan di Batang Kali, Selangor.

Penemuan mayat mangsa ke-25 itu pada pukul 11.20 malam Selasa.

“Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Operasi Tanah Runtuh berjaya menemui mangsa yang ke-25 iaitu seorang kanak-kanak perempuan,” menurut laman Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, lewat malam Selasa.

Ini menjadikan angka kematian meningkat kepada 25.

Tanah Runtuh: Operasi SAR masuki hari kelima, tiada mangsa ditemui

Setakat ini, lapan mangsa masih hilang dalam kejadian tanah runtuh yang melanda kawasan itu, pada Jumaat lalu.

Seramai 61 mangsa terselamat.

Tanah runtuh Batang Kali: Mayat ibu, anak ditemui berpelukan

SERAMAI 19 mangsa disahkan meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan di Batang Kali, Selangor, pada Jumaat.

Seorang jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) berkata, dua mayat mangsa ditemui pada pukul 4.30 petang berhampiran tapak perkhemahan di tepi sungai.

“Mayat yang dipercayai seorang ibu dan anaknya ditemui dalam keadaan berpelukan.

“Kita percaya kedua-duanya pada asalnya sama ada di kawasan puncak bukit atau ladang, dan mayat mereka dibawa oleh pergerakan tanah ke arah kawasan tepi sungai,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, anggota mencari dan menyelamat menemui satu lagi mayat pada pukul 5 petang.

Ini menjadikan jumlah kematian setakat ini kepada 19, dengan jumlah mangsa yang masih hilang 14 orang setakat pukul 5 petang.

Tanah runtuh di tapak perkhemahan: 37 mangsa diselamatkan, lebih 60 masih terperangkap

SERAMAI kira-kira 100 orang dikhuatiri terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Batang Kali, pada awal pagi Jumaat.

Pasukan bomba dan penyelamat kini berada di lokasi kejadian mencari mangsa yang berada di sebuah tapak perkhemahan.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.24 pagi sebelum menggerakkan anggota dan aset ke lokasi kejadian.

Setakat ini, 37 mangsa berjaya diselamatkan.

tanah runtuh

Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Hulu Selangor membantu pasukan keselamatan dalam operasi mencari dan menyelamat. foto APMTwitter

“Anggota penyelamat daripada lebih enam balai bomba bergegas ke lokasi kejadian.

“Usaha menyelamat masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi The Star.

Dilaporkan, ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 39 meter dengan anggaran keluasan runtuhan seluas satu ekar (kira-kira 0.4 hektar).

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*