Heboh peminat dedah Syamsul Yusof nikah Ira Kazar! Respon Puteri Sarah pula buat ramai tertanya-tanya

KONTROVERSI rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof memasuki episod baharu apabila pengarah filem terkenal itu didakwa sudah berkahwin dengan individu yang pernah dikaitkan dengannya iaitu Ira Kazar.

sarah 33

Perkara itu didedahkan Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, menerusi tangkap layar mesej daripada pihak ketiga pengikutnya di Instagram yang mendakwa Syamsul dan Ira sudah melangsungkan perkahwinan.

Puteri Sarah nak jadi YB pertahan hak wanita, mula langkah dalami ilmu politik - Hiburan | mStar

Puteri Sarah yang mengulang siar tangkap layar itu di Instastory turut memberitahu dia 50 peratus tidak mengetahui tentangnya manakala 50 peratus lagi tidak kisah dengan perkara tersebut.

Puteri Sarah beri bayangan di Instastory.

Pelakon itu turut ‘mention’ Syamsul pada hantaran berkenaan.

“Soroklah selagi boleh sorok… kebenaran akan terbukti suatu hari nanti.

“Nartistik seperti anda akan sentiasa memanipulasi kebenaran. Saya tidak mahu terbabit dengan toksik.

Actress Puteri Sarah slams woman causing a rift in her marriage with Syamsul Yusof | The Star

“Penipu akan sentiasa menjadi penipu. Semoga anda berdua berjaya. Dua-duanya toksik,” katanya menerusi hantaran di Instastory miliknya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah turut mendakwa dia mengetahui suaminya mempunyai hubungan dengan wanita lain sehari sebelum dia melahirkan anak kedua mereka iaitu Sumayyah pada 2019.

Katanya, sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak mereka, dia berasa teraniaya apabila mendapat tahu mengenai perkara tersebut dan menanggap ia sebagai kejam.

“Apa yang saya tahu ia berlaku sehari sebelum saya melahirkan Sumayyah. Kejamkan manusia? Orang sekeliling kita ada masanya boleh jadi sangat narsistik dan manipulasi.

“Pilihlah orang sekeliling dengan bijak. Semoga 2023 dapat membongkar semua. Segala-galanya sudah berakhir, hipokrit,” katanya lagi.

Syamsul Yusof dah kahwin dengan Ira Kazar?

Menerusi temu bual bersama mStar pada Selasa, Puteri Sarah memaklumkan dia tidak dapat menjangkakan apa yang bakal berlaku padanya tahun depan, bagaimanapun dia berharap ada perkara baik menantinya dan anak-anak.

Usaha mStar mendapatkan maklum balas Syamsul mengenai dakwaan tersebut tidak berjaya apabila pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu mematikan telefonnya.

sarah 11

Untuk rekod, Puteri Sarah nekad memfailkan satu tindakan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, berserta dua aduan di pejabat agama terhadap pelakon Ira Kazar.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah kini berusia 3 tahun.

Sumber Mstar .

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*