Asyik Diasak Soalan Tentang Anak, Zulin Aziz Beritahu Tak Pernah Berhenti `Berusaha`

Setiap pasangan berkahwin semestinya menginginkan kehadiran cahaya mata bagi menyerikan lagi kehidupan sebagai sebuah keluarga.

Akan tetapi, tidak semua pasangan diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata.

Berikutlah yang dikongsikan oleh pelakon dan pengacara, Zulin Aziz apabila dia sering ditanyakan soalan berkaitan anak.

Wajah Tirus, Dagu Runcing, Pinggang Ramping 27 Inci, Kecantikan Zulin Aziz Jadi Inspirasi Langsingkan Badan! - Nona

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Zulin menerangkan dia dan suami tidak pernah berhenti berusaha untuk mendapatkan zuriat sama seperti pasangan-pasangan lain.

10 bulan usia perkahwinan kami. Asyik diasak dengan soalan bila nak ada anak? Kami pun macam pasangan yang lain, pastinya inginkan zuriat. Kami tak pernah berhenti berusaha.”

Dalam pada itu, Zulin turut meminta agar pihak di luar sana mendoakan yang terbaik untuk dia dan suami.

Zulin Aziz nikah 20 Februari depan - Kosmo Digital

Mohon doakan yang baik-baik buat kami ya? Penantian harus ada kesabaran kan? Sebabtu kalau ada masa kami luangkan waktu pergi honeymoon. Kualiti masa bersama.”

Terdahulu,

“Aku Baru Gugur, Sabar La!” – Zulin Aziz Tertekan Jawab Soal Zuriat, Minta Orang Ramai Lebih Sensitif

Seperti yang kita ketahui, pelakon dan pengacara berbakat, Zulin Aziz dan suaminya, Farhan Nozini masih belum dikurniakan cahaya mata selepas mendirikan rumah tangga pada 20 Febuari lalu.

Baru-baru ini, viral di aplikasi TikTok mengenai sebuah hantaran video yang memaparkan rakaman live Zulin meluahkan rasa kecewa terhadap sesetengah individu yang tidak menjaga sensitiviti orang lain.

Menerusi video tersebut, Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Azizz memaklumkan dirinya baru sahaja mengalami keguguran pada Ogos lalu namun sering menerima pertanyaan mengenai zuriat.

Zulin Aziz bertunang?

Saya baru lepas gugur, orang tanya saya bila nak ada baby. Aku rasa macam nak penampar dekat orang tu!

Menurut penyanyi Dan Ketika Itu, pertanyaan itu seperti tidak menghormati sensitiviti dirinya dan membuat teguran secara terbuka kepada orang ramai agar lebih peka sebelum bertanya soalan tentang hubungan, perkahwinan, dan anak.

Dikecam Kononnya Amal Diet Melampau, Zulin Jawab Dakwaan Berbuka Kurma & Air Rahsia Kurus

Aku baru lepas gugur bulan lepas tau, sabar lah! So kalau nak tanya soalan, even kita tak tahu elak daripada tanya soalan sensitif.

Macam dulu, aku single orang tanya bila nak kahwin? Kang aku kahwin dengan laki kau baru tahu!

Meninjau di ruangan komen, perkongsian video itu turut mendapat pelbagai respon daripada orang ramai yang rata-ratanya turut berkongsi pengalaman sama.

Video,

Sumber BN

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*