
Pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof masih mengambil pendekatan untuk hanya kunci mulut mengenai dakwaan bernikah secara senyap dengan Ira Kazar.
Terbaru, pelakon Puteri Sarah Liyana dilihat sengaja bergurau dengan memuat naik video TikTok yang ditujukan kepada isteri nombor dua.
Dalam rakaman itu, aktres berumur 37 tahun menyatakan beberapa syarat yang perlu diikuti.
Video Berada Di Bawah Sekali
Orang lelaki nak bini dua tiga boleh. Bagi pitih (duit) RM10,000 tiap-tiap bulan. Banglo (sebutir) sebuah. BMW sebuah. Lepastu tak balik tak apa.
Ditudvh nak harta suami
Selain itu, hantaran di Instagram Stories pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin turut mendedahkan dia ditudvh ‘gilakan’ harta Syamsul.
Tegas pelakon drama Suri Hati, dia bersusah payah bekerja malah melancong bersama anak-anak juga pakai duit sendiri.
“Buat apa nak sam4n Jawi, mengaku sajalah” – Puteri Sarah desak Syamsul akui kahwin lagi
PELAKON Puteri Sarah Liyana mempersoalkan tindakan sam4n yang mahu diambil Syamsul Yusof terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Puteri Sarah, 37, sebaliknya menuntut agar Syamsul menjelaskan perkara sebenar yang sedang berlegar-legar tentang dirinya bagi mengelak sebarang tanda tanya.
“Benda macam ini tiba-tiba muncul. Tiba-tiba nak sam4n untuk apa?
“Benda baik itu umumkan sebelum datang fitnah dan prasangka buruk daripada keluarga sendiri,” katanya.
Kemelut melibatkan mereka bertiga masih belum menemui titik penghujung.
Sarah mengulas mengenai benda itu di IG Story miliknya yang turut memuat naik paparan kenyataan Syamsul kepada mStar.
Terdahulu Syamsul ada memberitahu dia mahu mengemukakan s4man terhadap Jawi berjumlah RM10 juta.
Tindakan itu adalah disebabkan oleh badan tersebut didakwa membongkar maklumat peribadi mengenai dirinya yang dianggap sebagai satu fitn4h.
Syamsul mendakwa Jawi telah menyebar kenyataan tidak benar, fitn4h dan palsu pada keluarganya bahawa dia sudah berkahwin lagi satu.
“Ya ia fitn4h. Terima kasih,” katanya.
Jadi betullah gosip tu. Mengaku sahajalah.
Sebelum ini tersebar luas mengenai berita kononnya Syamsul dan Ira telah berkahwin.
Berdasarkan kepada kenyataan Syamsul itu, Sarah membuat andaian bahawa cerita (Syamsul kahwin lain) tersebut adalah benar.
“Jadi betullah gosip tu. Mengaku sahajalah.
“Sudah tiba masa mengaku segalanya,” jelasnya.
Terdahulu, Puteri Sarah memfailkan tindakan sam4n di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berserta dua aduan di pejabat agama terhadap wanita dikenali Ira yang didakwa mengganggu rumah tangganya.
Sekadar info, Puteri Sarah berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.
Video,
— RedsJakes (@RedsJakes) December 22, 2022
Sumber: Instagram @puterisarahliyana/Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply