Selepas rayuan Ali Puteh gagal, ini tindakan Hidayah yang buat ramai sokong!

KUALA LUMPUR: Balu kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Nor Hidayah Mohd Ali enggan mengulas keputusan Mahk4mah Sesyen, hari ini yang memerintahkan adik iparnya, Ali Puteh membayar ganti rugi berjumlah RM60,000 kerana memfitna4h dalam laman sosial Instagram (IG), dua tahun lalu.

Siti Nor Hidayah ketika dihubungi BH Online berkata, dia lebih gemar mengambil sikap mendiamkan diri bagi tidak mengeruhkan keadaan yang boleh memanjangkan kemelut antaranya dengan keluarga arwah suami.

“Saya tidak mahu ulas, rasanya berdiam diri jalan terbaik agar tidak mengeruhkan lagi keadaan,” katanya.

Ibu kepada cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, 3, itu juga tidak menganggap keputusan mahk4mah sebagai perkara yang harus dibanggakan.

Ali Puteh diperintah bayar RM60,000 pada Siti Nor Hidayah

“Tidak… saya langsung tidak merasakan sudah menang,” jawabnya ringkas.

Dalam prosiding yang berjalan secara Zoom, pagi tadi, rayuan Ali atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 34, untuk mengetepikan keputusan mahkamah yang memerintahkannya membayar ganti rugi berjumlah RM60,000 kepada kakak iparnya itu ditolak Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh.

Kenyataan fitnah Ali Puteh aibkan kakak ipar yang baru kehilangan suami

Mahkamah turut menolak rayuan Ali dan tiga ahli keluarganya untuk mengetepikan keputusan mahkamah sama yang menolak tuntutan samannya terhadap usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan Siti Nor Hidayah, berhubung satu temu bual yang disiarkan secara langsung menerusi akaun YouTube usahawan kosmetik itu.

Kemelut antara Siti Nor Hidayah dan keluarga Ali tercetus selepas pemergian Allahyarham Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, yang meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.

Pada Mei 2020, Siti Nor Hidayah menyaman Ali berhubung kenyataan dibuat pelawak itu menerusi akaun IG. Antara lain menggambarkan wanita itu seorang isteri yang jahat dan tamak harta pusaka suaminya.

Ali dan tiga ahli keluarganya juga memfailkan saman terhadap Aliff Syukri dan Siti Nor Hidayah atas dakwaan berkonspirasi dengan niat menjatuhkan maruah dan mengaibkan dengan menerbitkan serta memuat naik video temubual yang disiarkan secara langsung dalam akaun YouTube usahawan kosmetik itu.

VIDEO] Menang saman, Nor Hidayah terus tunai hajat sedekah buah di surau - Hiburan | mStar

Rata-rata warga netizen berpuas hati dengan keputusan mahkamah. Antara komen ditinggalkan pengikut laman Facebook Berita Harian, netizen meminta Ali menunaikan bayaran ganti rugi diperintahkan mahkamah.

“Tunaikan… bayar ke balu arwah, yang berhak,” tulis pembaca di Facebook.

Seorang lagi pengguna pula berharap kemelut itu akan menjadi pengajaran untuk semua.

“Jadi pengajaran untuk semua, jangan nafikan hak orang yang sepatutnya. Faham hak anak isteri dalam Islam, moga arwah Abam di tempatkan bersama ahli syurga. Amin, Al-Fatihah,” tulis seorang pembaca.

Sumber Bharian.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*