Suami dapat perhatian di TikTok, ramai perempuan puji iras-iras Saif Ali Khan, ingatkan org Bollywood tapi rupanya!!

“SUAMI sis ni orang mana?”

Gara-gara berkongsi gambar dan video bersama suami di laman sosial, seorang wanita dihujani dengan pelbagai macam soalan netizen mengenai perkahwinannya.

Rata-rata netizen turut mengatakan wajah suaminya persis bintang hebat Bollywood, Saif Ali Khan selain kagum dengan badannya yang sado seperti kebanyakan pelakon filem Hindi.

Bercakap kepada mStar, wanita berkenaan, Nabila Nasarudin berkata, dia menyedari ramai yang bertanyakan tentang asal usul suaminya yang kelihatan seperti warga luar negara.

Namun jelas si isteri berusia 24 tahun itu, suaminya merupakan rakyat Malaysia berasal dari Taiping, Perak, mempunyai darah kacukan Pakistan dan Arab.

“Suami saya orang Malaysia. Masa saya mula buat content media sosial meng.enai kisah kami suami isteri, ada yang kata muka suami macam bintang Bollywood, Saif Ali Khan.

“Jujurnya, masa tu saya tak tahu siapa Saif Ali Khan sebab saya tak minat menonton filem Bollywood. Tapi apabila sem4kin ramai beri pandangan yang sama, saya buat carian di Google dan baru tahu suami dikatakan mirip pelakon tu,” katanya ketika dihubungi mStar.

suami bollywood mainpic 5

Pasangan ini berkahwin pada 2019.

Nabila yang juga berasal dari Taiping akur dengan pandangan segelintir netizen terhadap suaminya, Shah Faizal Suhel yang berusia 26 tahun.

“Mulanya saya rasa macam tak sama. Tapi apabila ramai asyik komen kata sama, saya buat perbandingan dan ada sedikit persamaan di bahagian mata, kening dan senyuman.

“Suami pada mulanya pun macam tak percaya, dia malu-malu. Tapi suami terharu juga sebab dia peminat filem Bollywood,” katanya sambil menambah dia lebih cenderung kepada filem-filem genre misteri dan sains fiksyen seperti Avengers dan Avatar.

suami bollywood mainpic 3

Faizal menjadi juara Mr Perak kategori junior pada 2017.

Pasangan ini berkenalan selama enam tahun sebelum mendirikan rumah tangga pada April 2019 dan dikurniakan cahaya mata lelaki kini berusia setahun.

Menurut Nabila, mereka mula mengenali antara satu sama lain menerusi Facebook sambil menambah sifat tanggungjawab lelaki itu berjaya menawan hatinya.

“Kami bermula masa zaman sekolah. Saya masih belajar di tingkatan tiga, dan suami di tingkatan lima. Dia adalah antara yang banyak memberi sokongan dalam pelajaran saya.

“Paling saya kagum dan terharu adalah selepas kahwin apabila suami menjaga saya dengan baik sewaktu berpantang selepas melahirkan anak sulung.

“Masa tu baru kematian kucing kesayangan, saya meroyan tak boleh nak fikir. Suami banyak memberi semangat selain menjaga saya serta anak dengan baik,” tambahnya lagi.

suami bollywood mainpic 6

Selain pengusaha gim, Faizal juga merupakan jurulatih kecergasan.

Walaupun dikatakan mirip pelakon Saif Ali Khan, suaminya yang merupakan pengusaha gim di Taiping mengidolakan bintang Bollywood, Aamir Khan dan Hrithik Roshan.

“Selain bakat lakonan, saya kagum dengan kedua-dua mereka yang melakukan transformasi badan menjadi sado. Mereka juga memberi inspirasi kepada saya dalam fitness,” kata Faizal yang menyukai filem Dangal lakonan Aamir Khan.

suami bollywood mainpic 7

Nabila dan Faizal dikurniakan cahaya mata lelaki.

Faizal yang juga jurulatih kecergasan menyertai beberapa pertandingan bina badan dan badan cantik, serta merangkul johan bagi Mr Perak kategori junior pada 2017.

Nabila berkata, suaminya juga yang memberi inspirasinya untuk kekal cergas dan mula aktif melakukan senaman di gim selepas kahwin.

“Saya akui ramai yang tertarik dengan video-video saya kerana suami berwajah pelakon Bollywood dan badan sado. Tapi saya tak cemburu, sebab dah kahwin kan. Cuma rasa kelakar apabila ramai asyik tanya suami saya orang mana,” katanya.

Video,

Sumber Mstar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*