Tak Perlu Kaya Nak Pergi Makkah, Allah Buka Rezeki… Netizen Tumpang Gembira Bos Petronas Pendang Taja Pakcik Yusuf Tunai Umrah

TAHUN 2022 yang bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi dan sudah pasti ia meninggalkan banyak memori buat kita semua.

Tidak terkecuali tentunya seorang pekerja sebuah stesen minyak dikenali sebagai Yusuf yang dilihat tersenyum bahagia dengan rezeki terindah menjelang tahun 2023.

Menerusi satu video tular, dia yang sudah 27 tahun bekerja di stesen minyak Petronas Pendang, Kedah menerima hadiah berupa pakej umrah daripada majikannya.

“Pakej umrah 2023 untuk Yusuf yang telah berkhidmat 27 tahun di Petronas Pendang,” tulis pemilik stesen minyak itu yang menggunakan nama Siti Nur di aplikasi TikTok

Dalam satu lagi video berasingan, Siti Nur berkata Yusuf menitipkan ucapan penghargaan atas sokongan para pelanggan sehingga dia berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci tidak lama lagi.

“Yusuf mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mengisi minyak di Petronas Pendang kerana asbab tu la beliau berpeluang pergi ke Baitullah,” tulis wanita itu lagi.

Pakcik yang dapat pergi umrah, saya yang sedih.

Posting video di TikTok itu bukan sahaja meraih lebih 200,000 tontonan, malah ia turut dihujani dengan pelbagai komen netizen.

Selain tumpang gembira dengan hadiah yang diterima Yusuf, ramai netizen turut menzahirkan sokongan buat pemilik stesen minyak itu yang disifatkan majikan terbaik.

“Saya doakan owner yang sponsor ni tak akan miskin dan boleh bawa lebih ramai orang lain jadi tetamu Allah.

“Terbaik la majikan macam ni. Semoga dimurahkan rezeki berlipat kali ganda lagi.

“Pakcik yang dapat pergi umrah, saya yang sedih. Semoga Petronas Pendang makin maju jaya. Terima kasih orang baik.

“Bolehlah kita ramai-ramai support Petronas Pendang lepas ni,” tulis beberapa netizen.

Dalam pada itu, beberapa individu yang pernah berurusan dengan Yusuf turut tampil berkongsi cerita menerusi ruangan komen.

umrah2

Netizen tumpang gembira dengan hadiah yang diterima Yusuf.

Menurut beberapa pelanggan, Yusuf bukan sahaja pekerja yang baik, malah tak pernah lekang dengan senyuman ketika bekerja.

“Betul la orang kata pergi Makkah ni bukan apabila kaya, tapi kalau Allah bukakan rezeki dia akan ke sana walau cara apa pun… Allah akan mudahkan.

“Pakcik ni duk selalu nampak. Orangnya selalu senyum.

“Pakcik ni baik, kalau pergi, dia selalu senyum.

“Orang lama shift malam. Tahniah pakcik. Suka senyum pakcik ni,” tulis beberapa netizen

“Saya diakan majikan yang taja ini takkan miskin dan boleh bawa lebih ramai orang lain jadi tetamu Allah,” kata T.

“Ya Allah. Aku tak kenal siapa majikan pakcik ni. Tapi aku doakan, kalau dia ditimpa musibah, hati dia sentiasa kuat dan tabah mengharungi ujianMu ya Allah. Senang jalan hidup dia,” kata Afiqzikrisan.

Bertuahnya dapat majikan yang bagus!

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan memuji sikap majikan itu yang menghargai jasa pekerjanya itu selepas 27 tahun berkhidmat untuk dirinya.

Semoga rezeki majikan Petronas Pendang dimurahkan selalu!

Bukan itu sahaja, ramai yang mendoakan agar rezeki majikan Petronas Pendang dimurahkan selalu dan mengakui tidak mudah untuk menemui majikan yang begitu pemurah hati pada ketika ini.

 

 

Video,

Ada juga segelintir mereka memuji sikap majikannya kerana memberi penghargaan yang baik kepada pekerjanya yang telah berkhidmat bertahun lamanya.

Sebagai pekerja, sudah menjadi tanggungjawab untuk memberikan yang terbaik kerana itu merupakan amanah yang diberi dan sebagai majikan pula, amat penting untuk menghargai pekerja kerana merekalah juga yang membentuk imej syarikat.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*