Mengejutkan!! Fatin Afeefa bernikah dengan kekasih jutawan?

Pelakon Fatin Afeefa dikhabarkan selamat melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihan hati dikenali Aliff Awang pada malam Jumaat dan majlis pernikahan mereka dipercayai berlangsung di Putra Glass Hall, Subang Jaya.

Perkara itu dikongsikan oleh jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa yang bertanggungjawab mencantikkan pengantin perempuan bagi menaikkan seri seorang raja sehari pada hari bersejarah tersebut.

 

Selain itu, Alha juga memuat naik gambar di laman Instagram miliknya memaparkan aktres berusia 28 tahun yang memakai busana serba putih berserta manis bertudung.

“Terima kasih gunakan khidmat saya. Suka tak?”tulisnya lagi.

Sementara itu, menjengah ke laman Instagram jejaka pilihan Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin kelihatan dia segak bergaya di hadapan cermin dengan berpakaian lengkap baju melayu serba putih.

Bagaimanapun, masih belum sebarang kenyataan daripada Fatin Afeefa sendiri mengenai pernikahan tersebut.

Sekitar November lalu, aktres itu pernah memuat naik video memperlihatkan tangan seorang wanita yang dipercayai dirinya disarung cincin.

Untuk rekod, Fatin atau nama penuhnya Fatin Nur Afifah Shamsudin berkahwin dengan Adam pada 2013, namun berpisah empat tahun selepas itu.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ivy Herra Sophia yang kini berusia tujuh tahun.

Video,

 

Video 2,

Antara komen netizen,

 

 

 

Sumber: Instagram @alhaalfa, @diariseorangtrader.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*