Janda Muda Ini Siap Bawa Anak Umur 9 Tahun Sebelum Ditangkap ‘Basah’ Pada Malam Tahun Baru. Ini Alasan Yang Diberi Kepada Peg Agama

Seorang wanita memberi alasan hanya mahu bersiar-siar sambil menonton pertunjukan bunga api sempena malam sambutan Tahun Baharu 2023 ketika dicekup berkhalwat bersama pasangannya di sebuah hotel di Taman Kemuning, di sini, awal pagi hari ini.

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Shariffudin Mat Saad berkata, hasil pemeriksaan mendapati, wanita berusia 32 tahun berstatus ibu tunggal itu turut membawa anak lelakinya berusia sembilan tahun untuk mengaburi perbuatannya itu.

Beliau berkata, dia dan pasangannya yang berusia 22 tahun yang masih bujang itu dicekup pada 1.35 pagi tadi oleh sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) yang diketuai pegawai, Azwan Azman.

“Selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang berpakaian lengkap membuka pintu bilik dan membenarkan pemeriksaan dilakukan.

“Pada waktu itu, terdapat seorang wanita bersama seorang kanak-kanak lelaki berada di dalam bilik berkenaan, namun hasil soal siasat mendapati pasangan itu bukan suami isteri atau mahram dan disyaki berkhalwat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Anwar Shariffudin berkata, hasil siasatan lanjut mendapati wanita itu mendakwa sudah empat tahun hidup menjanda selepas berpisah dengan bekas suaminya.

Katanya, anak mereka sebelum ini tinggal bersama bekas suaminya di Selangor namun pulang tinggal bersamanya di sini sempena cuti sekolah.

“Pada mulanya wanita itu mengaku sudah bertunang dengan lelaki berkenaan sebagai helah untuk mengelak daripada dicekup namun selepas ditanya berulang kali, dia akhirnya mengaku baru hendak bertunang tahun ini.

“Mereka mendakwa berkenalan melalui Facebook (FB), sejak lebih tiga bulan lalu,” katanya.

Anwar b3rkata, m3r3ka gagal m3ng3mukakan s3barang dokum3n m3ng3sahkan s3bagai suami ist3ri atau mahram, dan ditahan m3ngikut S3ksy3n 25 3nakm3n K3salahan J3nayah Syariah K3dah 2014 k3rana disyaki b3rkhalwat.

Antara kes khalwat malam tahun baru seluruh Malaysia!

Penuntut kolej antara empat pasangan dicekup khalwat

Tindakan sepasang penuntut sebuah kolej tidak pulang bercuti di rumah masing-masing di Alor Setar dan Baling sebaliknya menyewa bilik untuk memadu kasih mengundang padah apabila dicekup berkhalwat di sebuah hotel bajet, di sini awal pagi ini.

Pasangan berusia 22 tahun itu ditangkap dalam Operasi Bersepadu Ambang 2023 oleh Pejabat Agama Daerah Kuala Muda (PADKM) bermula pukul 12 tengah malam hingga 4 pagi.

Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Mohd. Noor Ismardi Ismail berkata, pasangan itu pada mulanya enggan membuka pintu bilik mereka di Bakar Arang, selepas menyedari kehadiran anggota penguat kuasa.

“Kami terpaksa guna kunci pendua yang diperolehi daripada penjaga hotel dan sebaik pintu bilik dibuka didapati penuntut lelaki terbabit sedang menyelimuti dirinya dengan cadar di atas katil manakala pasangannya berpura-pura tidur di atas lantai.

“Hasil pengakuan kedua-duanya, mereka menyewa bilik itu semata-mata untuk memadu kasih dan tidak berhasrat pulang ke rumah masing-masing untuk menghabiskan cuti bersama-sama keluarga,” katanya di sini, hari ini.

Serbuan tersebut turut disertai Agensi Anti Dad. ah Kebangsaan (AADK), Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK), Unit Risik Angkatan Tentera serta Skuad Badar.

Menurut Mohd. Noor, mereka turut menahan tiga pasangan lain yang berumur antara 22 hingga 24 tahun dengan pasangan pertama dicekup di sebuah hotel di Padang Temusu, di sini.

“Pasangan berumur 22 tahun dan berasal daripada Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu memberi alasan singgah sebentar untuk bertemu rakan mereka yang menyewa bilik itu sebelum keluar menyambut perayaan ambang tahun baharu di tengah-tengah bandar Sungai Petani.

“Bagaimanapun tindakan mereka membohongi kakitangan PADKM tidak berjaya selepas pasukan serbuan membuat semakan dan mendapati bilik didiami didaftar atas nama salah seorang mereka,” katanya.

Mohd. Noor berkata, dalam serbuan seterusnya di Bandar Puteri Jaya, pihaknya menahan dua lagi pasangan kekasih termasuk salah seorangnya yang merupakan anggota tentera yang bertugas di Negeri Sembilan.

Katanya, k3s3mua pasangan t3rbabit ditahan di bawah S3ksy3n 25, 3nakm3n K3salahan J3nayah Syariah 2014 k3rana b3rkhalwat dan dibawa k3 Ibu P3jabat Polis Da3rah (IPD) Kuala Muda untuk m3l3ngkapkan pros3s siasatan s3b3lum waris masing-masing dihubungi.

Isteri, suami orang dicekup khalwat di hotel

Suami orang dan kekasihnya yang telah berkahwin dicekup oleh penguat kuasa JAIM di sebuah hotel di Alor Gajah di sini, awal pagi Ahad.

Seorang lelaki lima anak sanggup mengaku dia dan pasangannya yang juga isteri orang mereka telah berkahwin.

Pasangan kekasih berusia 56 dan 40 tahun itu memberi alasan sedemikian ketika operasi oleh pasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di sebuah hotel di Alor Gajah.

Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri berkata, helah lelaki yang bekerja sebagai operator kilang itu bagaimanapun terbongkar setelah pemeriksaan nombor kad pengenalannya secara dalam talian menunjukkan dia masih berstatus suami orang.

Menurutnya, ketika dicekup berkhalwat lelaki itu tidak berbaju dan penguat kuasa turut mengambil masa beberapa minit sebelum pasangan itu membuka pintu bilik.

“Soal siasat yang dilakukan wanita mempunyai dua orang anak mengakui datang ke Melaka dari Sabah untuk berjumpa lelaki itu yang telah lama dikenali.

“Namun semakan mendapati mereka bukan suami isteri dan gagal mengemukakan dokumen pernikahan yang sah,” katanya.

Pasangan berusia 23 dan 21 tahun yang ditangkap berkhalwat di sebuah hotel di Alor Gajah di sini awal pagi Ahad.

Pasangan berusia 23 dan 21 tahun yang ditangkap berkhalwat di sebuah hotel di Alor Gajah di sini awal pagi Ahad.

Beliau berkata demikian ketika operasi cegah maksiat sempena Ambang Tahun Baharu 2023 di Alor Gajah di sini, pada Ahad.

Jelas beliau, mereka antara enam pasangan kekasih berusia antara 21 hingga 56 tahun yang dalam operasi bermula jam 12 tengah malam hingga 5 pagi.

Tambah beliau turut ditahan seorang peniaga burger bersama kekasihnya yang bekerja sebagai pembantu kedai burger di Kuala Lumpur.

Ujar beliau, lelaki berusia 24 tahun memberikan alasan dia membawa pasangannya berusia 21 tahun ke Melaka untuk bertemu keluarganya bagi merancang pernikahan mereka.

“Apabila disoal siasat mereka telah dua hari menginap di hotel terbabit dan kedua-dua mereka juga gagal mengemukakan dokumen pernikahan yang sah,” katanya.

K3s3mua pasangan t3rmasuk dua pasangan yang ditahan di Da3rah M3laka T3ngah dibawa k3 p3jabat JAIM untuk siasatan m3ngikut S3ksy3n 53 (1) dan (2) 3nakm3n K3salahan Syariah (N3g3ri M3laka) 1991 yang m3mp

Sumber : HMETRO ONLINE/Sinar/Utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*