Gambar Ucapan Tahun Baru Putera Mateen Undang Komen Nakal Peminat, Tak Sangka Komen2 Mcm Ni

Siapa sahaja yang tak kenal dengan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah atau lebih mesra dipanggil Putera Mateen.

Anak raja yang memiliki wajah yang kacak, dan tubuh yang sasa ini sudah pastinya menjadi kegilaan ramai gadis di luar sana. Mana tidaknya, walaupun bukan bergelar artis, namun di instagramnya sahaja dia sudah mempunyai 2.3 juta pengikut.

Di media sosial, Putera Raja Brunei ini tidaklah begitu kerap berkongsi gambar namun setiap posting terbaru pasti menarik perhatian peminatnya.

Sempena menyambut tahun baru 2023, Mateen tidak ketinggalan meninggalkan pesanan dan doa kepada semua peminatnya di Instagram. Pada 1 Januari 2023 yang lalu, Mateen memuatnaik gambar dirinya dari belakang sambil menikmati pemandangan bukit yang indah di sebuah pantai. Dalam gambar tersebut, Mateen menulis;

“Semoga kamu semua diberkati pada tahun 2023 ” tulisnya dengan ringkas.
Tidak dapat dipastikan mana lokasinya namun jika dilihat pada gambar-gambar yang lain di Instagram, Mateen sedang bercuti di Amalfi Coast, Italy.

Ucapan yang disampaikan mendapat sambutan luar biasa dari peminat. Tetapi apa yang menarik perhatian Murai MY terdapat juga komen nakal dari peminat, sampai ada yang teringin nak memeluk baginda dari belakang.

Umum mengetahui keluarga Diraja Brunei memang mempunyai kekayaan harta yang luar biasa banyaknya. Mungkin selain daripada mempunyai rupa yang menarik, faktor datang dari kerabat Diraja yang sangat kaya raya juga membuatkan Putera Mateen di gilai ramai wanita.

Tapi dengan kata, Mateen sudah ada kekasih hati, betul ke?

“Pertama Kali Dengar”- Netizen Terpegun Dengar Putera Mateen Berbahasa Melayu.

Satu perkongsian di Instagram Brunei Royals tentang putera diraja Brunei, Pangiran Muda Abdul Mateen mencuri perhatian warganet di media sosial baru-baru ini.

Putera Mateen Cakap Melayu?

Pangiran Muda Abdul Mateen atau lebih dikenali sebagai Putera Mateen, menarik perhatian orang ramai apabila putera kacak ini berkomunikasi dalam bahasa melayu.

Perbualan pendek Putera Mateen dirakam dan dikongsikan di Instagram Brunei Royals, berdasarkan tinjauan Murai MY ahli kerabat diraja Brunei ini menyantuni penduduk daerah Temburong dalam majlis ramah mesra bersama rakyat di negara tersebut.

“Berapa lama sudah berlatih?”

“Di mana, disini jua?” Ujar Putera Mateen.

Melihat video yang dimuatnaik itu, rata-rata ramai warganet meluahkan rasa terkejut diruangan komen kerana itu adalah pertama kali mereka mendengar Putera Mateen berkomunikasi dalam bahasa melayu.

“Dari loghat tak banyak beza macam orangSarawak”

“Pertama kali dengar putera cakap melayu”

“Aku ulang-ulang tengok sebab nak dengar dia cakap melayu” komen mereka

“Saya baru dapat tahu baginda cakap melayu. Saya sering melihat baginda bercakap bahasa inggeris di media sosial”

“Pertama kali dengar suara Putera Mateen”

“Ternyata Pangiran Abdul Mateen bisa bahasa melayu jua” komen mereka lagi

Sekadar info, majlis ramah mesra bersama rakyat di daerah Temburong yang dihadiri Putera Mateen dan ahli kerabat diraja Brunei yang lain adalah sempena menyambut ulang tahun keputeraan kebawah duli Yang Maha Mulia Paduka Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah yang ke-76.

Video,

https://youtu.be/lFPCt3qnUJk

Sumber Murai.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*