
CEF selebriti terkenal, Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan berkongsi perkembangan terkini kesihatan ibunya iaitu Noraini Abdullah atau Cik Ani yang sedang sakit tenat di sebuah hospital.
Chef Wan, 64, memberitahu dia kini berada dalam keadaan berjaga-jaga dan tidak mampu melelapkan mata kerana bimbang ibunya pergi ketika sedang tidur.
“Sepanjang malam saya sukar untuk tidur kerana sentiasa memeriksa keadaan ibu kerana pernafasannya kelihatan lebih perlahan daripada malam tadi.
Cik Ani dilaporkan sudah tidak dapat beri tindak balas.
“Saya sangat takut untuk tidur sekiranya dia akan meninggalkan saya dalam tidurnya. Ketakutan itu sentiasa ada,” katanya.
Chef Wan berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram pada Rabu.
Dalam pada itu, Chef Wan memaklumkan doktor yang merawat memberitahu bahawa keadaan Cik Ani tidak lagi memberikan tindak balas positif.
Justeru itu, Chef Wan berusaha memberikan keselesaan sehabis baik buat Cik Ani sebelum hari-hari terakhir.
Sepanjang malam saya sukar untuk tidur kerana sentiasa memeriksa keadaan ibu kerana pernafasannya kelihatan lebih perlahan daripada malam tadi.
“Dr Nick daripada unit penjagaan paliatif datang berjumpa saya dan memberitahu ibu sudah tidak mempunyai tindak balas.
“Alhamdulillah, saya berjaya dapatkan bilik suite dan kami akan memberikan keselesaan buat ibu untuk perjalanan terakhirnya,” ujarnya.
Dalam pada itu, Chef Wan memberitahu dia enggan menempatkan ibunya di unit rawatan rapi (ICU) kerana mahu dia pergi dengan tenang.
“Saya tidak akan memasukkannya ke ICU jika dibenarkan doktor kerana saya mahu dia pergi dengan aman apabila sudah tiba masanya lagi,” katanya.
Chef Wan tabah menjaga ibunya yang sedang sakit.
Terdahulu, Chef Wan memaklumkan keadaan kesihatan CIk Ani semakin merosot sejak kebelakangan ini termasuk tidak mampu menyuap makanan sendiri.
Chef Wan bagaimanapun tabah menjaga ibunya yang semakin uzur disebabkan beberapa penyakit termasuk Alzheimer, dementia dan kans3r.
Antara komen semangat netizen,
Datuk Chef Wan mmg anak yg hebat….Satu dalam sejuta kot, yg sanggup buat apa sahaja utk ibunya. Mmg ada ramai yg sanggup buat apa sahaja utk ibu bapa mereka, tetapi cara layanan yg diberikan Datuk Chef Wan pada ibunya, mmg sukar utk ditandingi… Semoga ibunya segera sembuh. Dan andai masanya sudah tiba, semoga diringankan sakitnya dan dipermudahkan, insyaALLAH.
Semoga dioermudahkn segala urusan dan semiga emak chef wan cepat sembuh
Semoga Chef Wan tabah menjaga Cik Ani, Dah diberikesembuhan buat Emak nya, Dn dipermudah kn sgl nya insyaallah aamiin
Takziah.Semoga beliau mendapat rawatan yang terbaik dan cepat sembuh.Amin.
Azrinaz Puji Chef Wan Jaga Ibu Penuh Kasih Sayang
Selebriti popular, Datuk Chef Wan membuktikan beliau seorang anak yang menyayangi dan menjaga ibunya dengan penuh kasih sayang.
Sifat itu diakui bekas personaliti TV terkenal, Azrinaz Mazhar Hakim yang berkongsi keperibadian Chef Wan dalam menjaga ibunya yang mengidap penyakit dementia.
Ujarnya, hubungan antara ibu dan anak itu mengingatkan kepada hadis Rasulullah SAW iatu Syurga Di Bawah Telapak Kaki Ibu.”Penghormatan tertinggi buat Datuk Chef Wan atas kemesraan, cinta dan perhatiannya terhadap ibunya yang mengidap dementia.
“Chef Wan tak pernah rasa jemu dan penat melayan mak beliau, malah tak kekok untuk dibawa bersama ke mana-mana majlis keramaian dan keraian,” katanya.
Dalam status itu, Azrinaz turut memuat naik fotonya ketika bersembang dengan Chef Wan bersama ibunya dalam satu majlis.
Azrinaz juga memuji sikap Chef Wan yang bangga untuk berkongsi kebahagiaannya bersama dengan orang tersayang.
“Malangnya, ramai juga anak muda sekarang yang tak pentingkan orang tua sendiri, dengan lebih mementingkan kawan-kawan, which is so uncool!
“Saya sentiasa pencaya apabila anda melayan ibu bapa seperti raja dan permaisuri, anda tidak akan salah langkah, pada bila-bila masa di mana jua,” katanya.
Sumber Mstar
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply