
NAMA penyanyi Masya Masyitah sekali lagi menjadi bualan netizen apabila fesyen terkini yang digayakan olehnya dikatakan tidak sesuai untuk gadis berhijab.
Masya atau Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff, 22, menerima kecaman apabila tampil dengan seluar pendek yang dipadankan bersama legging putih sewaktu bercuti di Tokyo, Jepun baru-baru ini.
Menerusi Instagram, Masya memuat naik foto dirinya mengenakan pakaian berkonsepkan denim berlatar belakangkan bandar Tokyo.
Penampilan Masya sering mendapat perhatian netizen.
Jom lihat fesyen Masya,
“Teruskan berjalan. Pergi melihat semua kehidupan di dunia. Belajar, berkembang dan teroka,” tulisnya.
Menjengah ruangan kapsyen, rata-rata peminat tidak senang melihat penampilan itu dan menegur Masya untuk mengenakan pakaian lebih sopan sesuai dengan imej bertudung.
“Cantik baju tu. Macam Kpop… tapi seluar tu balut aurat bukan tutup aurat. Harap baiki lagi penampilan.
“Rindu pakaian awak yang dulu. Tak mengapalah semoga terus istiqamah ya.
“Dah serupa macam tak pakai tudung sebab dengan skirt pendek dan legging ketat lagi. Awak tu berhijab dik. Baju dah elok longgar dan berlengan panjang tapi skirt tu yang tak elok,” tulis netizen.
Antara komen yang diterima Masya.
Sebelum ini, Masya sering ditegur peminat gara-gara pemakaian yang dilihat kurang sesuai untuk muslimah.
Untuk info, Masya pernah menjadi juara program realiti kanak-kanak Ceria Popstar pada 2014 dan menyandang gelaran naib juara Bintang Kecil RTM pada 2011.
“Nampak sopan macam ni”… Masya Masyitah kongsi foto terbaharu, penampilan bertudung labuh dipuji
SELEPAS beberapa kali menerima kritikan kerana pemakaiannya, kali ini penyanyi Masya Masyitah sekali lagi menarik perhatian netizen menerusi perkongsian terbaharu di laman Instagram.
Dalam hantaran itu, Masya atau Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff, 22, dipuji pengikutnya kerana mengenakan pakaian yang lebih sopan dan sempurna.
Masya dilihat menggayakan sepasang dress labuh berwarna jingga dengan mengenakan hijab menutup dada.
“I love you just the way you are,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Rata-rata netizen memuji penampilan Masya yang dilihat lebih sopan digayakan oleh seorang wanita berhijab.
“Cantiknya Masya! Semoga baik sahaja dan dilindungi oleh Allah dalam setiap perjalanan.
“Manis sahaja tengok Masya pakai pakaian macam tu, semoga istiqamah dalam melakukan kebaikan.
“Nampak sopan sangat macam ni… macam ini barulah Allah pun suka. Nampak matang dan ayu,” komen netizen.
Fesyen Masya sering mendapat perhatian netizen.
Sebelum ini, Masya pernah ditegur peminat gara-gara pemakaian yang dianggap pelik dan tidak sesuai untuk wanita bertudung.
Fesyen Masya itu dikecam sewaktu dia berada di Dubai.
Sumber Mstar
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply