Kenali Siapa Ira Kazar Gadis Comel Yang Berjaya Memikat Hati Syamsul Yusoff!!

Ira kazar merupakan salah seorang artis tempatan, dan anak kepada pelakon terkenal iaitu En. Kazar atau nama sebenarnya En. Kazaruddin bin Saisi (Merupakan artis tanah air yang terkenal di dunia lakonan).

Siapa sangka pelakon lagenda, Kazar Saisi mempunyai seorang anak gadis yang begitu cantik sekali.

Gaya fesyen dan penampilannya ira, ramai yang mengatakan mirip kepada Avril Lavigne, sehinggakan dia mempunyai ramai peminatnya sendiri. Tidak hairanlah menjadi tumpuan, apatah lagi daripada sang jejaka.

Apabila sebut nama Kaza, sepastinya umum mengenali pelakon veteran, Kazar Saisi yang lebih dikenali dengan watak Pak Samad dalam drama popular 7 Hari Mencintaiku adalah ayah kepada Ira.

Sering tampil dengan penampilan yang penuh kelainan ala-ala seperti penyanyi r0ck wanita, Avril Lavigne sudah cukup membuat Ira mempunyai ramai peminat.

Memiliki paras rupa yang cantik dan pandai bergaya merupakan tαrikan Ira serta menjadi tumpuαn para lelaki.

Sebelum ini, Ira Kaza pernah dilαnda pelbagai kontrovεrsi sehingga nama Ira Kaza pernah menjadi carian utama di laman Twitter.

Terkini, nama Ira Kaza mula menjadi sebutan apabila Puteri Sarah membuat keputusan untuk mendedαhkan nama disebαlik individu yang menggαnggu dirinya dan suami yang juga seorang pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof.

Puteri Sarah memaklumkan bahawa dia sudah mula hilαng sabar dengan Ira Kaza yang tidak hεnti ‘kacαu’ Puteri Sarah sejak empat tahun lalu.

Berikut merupakan biodata lengkap Ira Kazar yang menjadi buαlan ramai. 

Nama sebenarnya, Faghirah Binti Kazaruddin. 

Menggunakan nama komersial, Ira Kaza. 

Kelahiran Kampar, Perak pada tahun 1995. 

Ibu bapanya adalah Kazaruddin Saisi dan Rashidah Latiff. 

Merupakan anak ke-4 daripada 5 beradik, Melor Hariante, Yasmin Mariante, Elya Amirul Naim, Faghirah Fatini dan Adam Amirul Latiff. 

Beraga Islam dan keturunan Melayu. 

Warganegara, Malaysia. 

Mempunyai laman sosial Twitter dan Instagram, IraKaza. 

Terkini Ira Kazar Sudah Bernikah Dengan Syamsul Yusoff

Akhirnya Syamsul Yusof mengaku dah bernikah dengan Ira Kazar [METROTV]

Pengarah dan pelakon Syamsul Yusof mengesahkan telah sah bernikah dengan pelakon muda Ira Kazar pada Jumaat di Thailand. Berita itu dimaklumkan Syamsul menerusi hantaran video di media sosialnya.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua kerana bersabar menantikan update terbaharu saya. Terima kasih kerana beri perhatian terhadap isu rumah tangga saya ini.

“Saya perlu clearkan semua ini, macam saya maklumkan sebelum ini saya akan letakkan noktah terhadap isu rumah tangga saya ini.

“Saya ingin beritahu kepada semua, Alhamdulillah syukur saya sudah bernikah dengan sahnya dengan Ira Kaza yang berwalikan ayahnya sendiri di Thailand, ada sebabnya. Untuk memudahkan beberapa perkara.

Akhirnya Syamsul Yusof mengaku dah bernikah dengan Ira Kazar [METROTV]

“Ia (perkahwinan) telah didaftarkan,” ujarnya dalam video berkenaan.

Dalam pada itu, Syamsul turut memanjatkan rasa syukur atas ikatan yang dibinanya bersama Ira secara sah di sisi syarak.

“Saya bersyukur dan lega untuk mengelakkan fitnah dengan Ira Kazar.

“Hari ini saya baru sah bernikah dengan Ira Kazar, cerita-cerita sebelum ini… yang lepas dah lepaslah. Yang sudah itu sudah.

“Doa yang baik-baik selepas ini. Harap segala-galanya bertemu jalan penyelesaian,” tambahnya.

Terdahulu, kemelut rumah tangga Puteri Sarah dengan suaminya, Syamsul Yusof berlaku sejak beberapa tahun lalu berpunca atas dakwaan kehadiran ‘orang ketiga’ dikenali Ira Kazar.
Pelbagai spekulasi bertebaran termasuk dakwaan Syamsul dan Ira Kazar sebenarnya telah mendirikan rumah tangga sebelum ini.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5 dan Summayah, 3 tahun.

Sumber: 

[1] Rujukan, himpunanceritalawak

[2] Gambar, irakaza

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*