Syamsul Yusof Akhirnya Meleraikan Spekulasi Apabila Mengesahkan Berkahwin Dua Dengan Wanita Pilihannya Ira Kazar, Ini Kata2 Syamsul

KUALA LUMPUR: Pengarah kontroversi, Syamsul Yusof, 39, akhirnya meleraikan spekulasi apabila mengesahkan berkahwin dua dengan wanita pilihannya, Ira Kazar, hari ini.

Syamsul berkongsi berita gembira itu menerusi video dimuat naik dalam laman Instagram (IG), sebenar tadi.

Tidak menyatakan lokasi pernikahan, akad nikah Syamsul dan Ira berwalikan bapa Ira yang juga pelakon veteran, Kazar Saisi.

“Hari ini saya bergelar suami Ira dengan berwalikan bapanya, Saisi.

“Ira kini sah menjadi isteri saya di sisi syarak dan Allah,” katanya.

Syamsul kini sah bergelar suami Ira.

Syamsul mengucapkan terima kasih kepada masyarakat yang bersabar menanti perkembangan terbaru termasuk isu rumah tangganya.

“Penghujungnya, saya kena beri penjelasan terhadap setiap persoalan.

“Seperti dikatakan, saya akan meletakkan titik noktah terhadap isu rumah tangga yang tidak sepatutnya di kongsi dalam media sosial, tetapi nak buat macam mana.

“Saya bernikah secara sah dengan Ira, tetapi bukan di Thailand seperti heboh diperkatakan. Ada sebab saya memilih berkahwin di sini bagi memudahkan beberapa perkara.

“Perkahwinan kami juga sudah didaftarkan, syukur Alhamdulillah,” katanya menerusi video berkenaan.

Pengarah filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan itu mengakui, Puteri Sarah Liyana masih isterinya yang sah.

Majlis akad nikah Syamsul dan Ira berwalikan bapa Ira, Kazar Saisi.

“Saya mahu menegaskan Puteri Sarah masih isteri saya. Kepada Puteri Sarah, saya mengharapkan kepulangan awak.

“Pulanglah ke rumah agar kita dapat berbincang dan tak perlu dihebahkan dalam media sosial. Bawa anak-anak kita balik.

“Apa sahaja kita berbincang di rumah tanpa perlu mengaibkan saya.

“Terus-terang, bawa anak-anak ke sana sini tanpa keizinan suami, sedangkan saya masih suami awak.

“Saya tak nak cakap lebih, fikir-fikirkanlah,” katanya.

Syamsul berkata, dia juga tidak berniat membelakangkan keluarganya.

“Tak pernah terlintas membelakangkan keluarga, Saya harap doa baik-baik daripada ibu bapa, adik-beradik dan keluarga.

“Saya berdoa keputusan yang saya buat dirahmati dan dilindungi Allah daripada segala fitnah, hasad dengki serta niat jahat.

“Paling penting, saya mengharapkan doa terbaik. Saya bukan manusia sempurna, ada masanya melakukan kesilapan,” katanya.

Video,

Antara komen netizen, 

Tersenyum Gembira Ira Kazar. Muka Perampas Sangat . Orang Mampu, Berduit Kaya Bergitulah Blh Kawen Empat.

Sabar Sabar Kaum Hawwa, Nak Taip Boleh Tp Jgn Sampai Gegar² Tgn Menahan Geram. Apapun ,Selamat Pengantin Baru Buat Pengarah Tersohor Malaysia

Baru 4 Minit Admin Masuk Cerita Dah Cecah 450 Komen.. Dasyat Netizen

Tahniah Syamsul. Sama Cantik Sama Padan…. Biasanya Lelaki Hensem Macam Saya Je Yang Setia. Semoga Perkahwinan Syamsul Berkekalan Ke Hujung Tahun Ni Ye

 

Alhamdulillah… Sudah2 Jangan Gaduh Lagi… Takut Banyak Cakap. Netizen Gaduh Dorg Berbaik.. Last Tambah Keturunan.. Netizen Dapat Dosa Mengutuk… Moga Kekal Bermadu… Berlaku Adil Dan Rawat Hati Isteri Pertama.. Isteri Mana Yang Tidak Sayang Suami Jika Di Pujuk Semula.

Abe Aji Sokong 100% Kepada Semua Lelaki Yang Mampu Berkahwin Lebih Dari Satu…
Bukan Hanya Mampu Memberi Nafkah Zahir & Batin, Juga Mampu Berlaku Adil, Mampu Memimpin Isteri2 Kejalan Allah Dan Paling Penting Mampu Juga Tido Kat Masjid Atau Surau Bila Pecah Perang Dunia….

Alhamdulillah..Benda Yg Baik Bukan Buat Maksiat Pun..Orang Kita Ja Suka Ikut Campur Rumah Tangga Orang..Semoga Perkahwinan Diberkati Oleh Allah Hingga Anak Cucu..Jgn Lupa Tanggungjawab Kepada Isteri Pertama..Aminn.

Aku Percaya Saat Ni Puteri Sarah Mesti Menangis Dan Meratap Dgn Berita Yg Dismpaikan. Susah Payah Dia Bela N Jaga Rumah Tangga Dia Selama Mngkin, Akhirnya Suami Sndri Yg Membuka Jalan Memusnahkan Harapan Dan Impian Sarah. Nak Saman Pihak Ke3 Pun Tak Gune Sbb Bukan Bertepuk Sblah Tgn. Allahu, Semoga Puteri Sarah Diberi Kekuatan Dan Bersabar Dgn Segala Ujian. Percayalah, Akn Ade Pelangi Selepas Hujan. In Shaa Allah, Amin Ya Rabb.

Btl.Sy Setuju..Kita Bkn Manusia Sempurna..Tetapi Apabila Kita Mula Sedar Akan Kesilapan Dan Kesalahan Kita..Cpt2la Kita Cuba Utk Brpatah Blk..Stp Mslh Ade Jln Penyelesaiannya..Tp..Pnyelesaian Anda Ialah Anda Berterusan Mnghukum Isteri Anda Sehgga Die Tiada Ruang Dan Peluang Utk Mmperbetulkn Kesilapan Die(Jika Ada)..Apa2pn Tahniah Krn Sudah Meleraikan Semua Kekusutan Isteri Prtama

Sumber Bharian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*