
SEJAK pengarah Syamsul Yusof mendedahkan sudah berkahwin dua, nama bapa mentuanya yang juga pelakon veteran Kazar Saisi turut terkena tempias kemarahan netizen.
Netizen meluahkan rasa bengang apabila Kazar seolah-olah menyokong tindakan anaknya, Ira Kazar berkahwin dengan Syamsul yang juga suami orang malah menjadi wali pernikahan pasangan itu di Thailand.
Netizen mula mencari semula babak lakonan Kazar dalam drama bersiri popular iaitu 7 Hari Mencintaiku yang memperlihatkan dia memegang watak sebagai Pak Samad.
Dalam babak drama tersebut, Pak Samad bersama Dr Adam lakonan Sean Lee sedang berbual mengenai kebahagiaan hidup bermadu yang bakal dijalani Mia Adriana (Siti Saleha).
“Mia bahagia ke Pak Samad? Habis itu kenapa dia tak nak pergi saja. Ini semua tak adil untuk Mia,” Soal Adam.
Dia kemudian menjawab soalan yang diajukan Dr Adam yang mana seorang isteri akan mendapatkan syurga sekiranya reda untuk berpoligami.
“Mana ada isteri bahagia bila suami kahwin lain. Bila seorang isteri tu reda, dia tak perlu pergi pun. Untuk dapatkan syurga buat diri dia.
“Dia lebih kenal suaminya dan nak harungi susah senang bersama,” kata Pak Samad.
VIDEO:
Perbualan dalam drama tersebut seolah-olah sesuai dengan situasi yang melibatkan Kazar dan anaknya serta Syamsul sekali gus mencetuskan rasa geram warganet.
“Geram dengan Pak Samad, lepas ini kalau nampak dia auto tukar siaran. Boikot dia!
“Hujung-hujung anak dia sendiri buat perangai tapi dia bahagia menantu kaya. Dia bercakap depan cermin ke?
“Paku dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih. Sesuai dengan Pak Samad suka cakap pusing-pusing,” antara komen netizen.
— dukeofgotham (@dukeofgotham1) January 7, 2023
Andai kata jodoh Puteri Sarah tak panjang…aku harap Puteri Sarah akan dpt pengganti yg lebih baik dari syamsul.. ambil contoh Intan Saleh..beliau kini berbahagia dgn kehidupan barunya bersama lelaki yg tepat.
Bapak pon menyokong tindakan anak tuk jadi penyondol laki org die boleh menumpang kesenangan erti kate tumpang semangkuk. Sepatutnye ko nasihat anak tu, ini tidak malah menyokong sangup ke Siam tuk jadi wali, kate nye itu masaalah kecik je boleh bwk bincang, nnti suatu ari anak ko yg menjadi mangsa baru ko rasa masaalah tu besar ke kecik.
Ramai jgk istri yg bahagia bila suami kawin lain. Antaranya istri yg taat kpd suami dan kuat menunaikan perintah Allah SWT, istri2 ahli kumpulan ugama dan pendakwah. Bkn semua istri tak bahagia malah ada kalangan istri2.yg galakan suami kawin smp 4.
Sumber : MSTAR ONLINE.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply