
Ketika isu pernikahan Syamsul Yusof dan Ira Kazar sedang hangat diperkatakan di Malaysia, kami tertarik untuk mengupas kenyataan yang dikeluarkan oleh pengguna Facebook, Asiah Abd Jalil.
Asiah yang merupakan seorang peguam telah berkongsi sebuah posting yang mengaitkan Syamsul dengan perbuatan Nabi.
Semua sunnah Nabi dia tapau
Katanya, Syamsul benar-benar mengikut sunnah Nabi seperti berikut,
1) Poligami – Nabi buat.
2) Berkahwin lagi tanpa meminta kebenaran isteri sedia ada – Yang ni pun Nabi buat. Nabi tak pernah minta kebenaran isteri-isteri sedia ada sebelum menambah isteri baru.
3) Mewar-warkan perkahwinan – Nabi buat kenduri selepas berkahwin.
4) Tidak mampu berlaku adil kepada isteri-isterinya – Yang ni pun sama dengan Nabi, Nabi juga tak mampu berlaku adil (rujuk awal surah At-Tahrim, Al-Qur’an ada cerita).
Kesimpulannya, toksah kecam Shamsul Yusof. Semua sunnah Nabi dia tapau.
Kurang ajar sungguh Asiah
Walaubagaimanapun, perkongsian Asiah ini tidak disambut baik oleh pendakwah bebas, PU Syed. PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak menganggap kenyataan Asiah ini menghina Nabi.
“Kurang aj4r sungguh Asiah Abd Jalil Boleh kamu hin4a Nabi Muhammad Sallahu’Alaihi Wasallam!! Mohon Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM Jabatan Agama Islam Pahang PDRM ambil tindakan!!
Dia telah lama sesat dan menyesatkan manusia dgn fahaman songs4ang ttg agama Islam dan ajarannya..dia telah merosakkkan keharmonian agama Islam! Sampai bila manusia seperti ini nak diberi muka!?”- tulisnya di ruangan kapsyen.
Saksikan video di bawah sekali,
‘Lebai oh lebai. Selaklah Al-Qur’an tu. Baca surah At-Tahrim’- Asiah
Kecaman dari PU Syed ini telah dibalas oleh Asiah dengan menasihati pendakwah ini untuk membaca surah At-Tahrim dalam Al-Quran. Asiah bertanya kepada PU Syed, adakah dia sudah memahami Surah At-Tahrim sebelum menuduhnya menghina Nabi.
Antara komen lain,
Perang media sosial dua individu berpengaruh ini telah mendapat perhatian netizen dan rata-rata mereka menyuarakan pandangan masing-masing. Apa komen anda?
Video,
— RedsJakes (@RedsJakes) January 7, 2023
Tak Salah Lelaki Bernikah Lebih Tapi Perlulah Adil… Isteri Pula Jangan Aibkan Suami, Elak Dekati Orang Batu Api – PU Syed.
PENDEDAHAN pengarah Syamsul Yusof yang berkahwin dua mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan peminat juga rakan-rakan selebriti tempatan.
Kebanyakan meletakkan salah pada bahu Syamsul kerana berpoligami tanpa pengetahuan isteri pertama sehinggalah kemelut rumah tangganya dengan Puteri Sarah Liyana itu menjadi semakin parah.
Berkongsi pendapat tentang isu poligami, Pencetus Ummah (PU) Syed atau Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 41, berkata, mana-mana lelaki yang ingin berkahwin dua atau lebih haruslah menepati syarat ketat iaitu mampu daripada segi zahir dan batin serta boleh bersikap adil.
“Islam membenarkan lelaki bernikah lebih daripada seorang namun kebenaran ini datang dengan syarat yang ketat.
Syamsul mendedahkan sudah berkahwin kali kedua.
“Mereka mestilah berkemampuan dari sudut zahir dan batin. Mereka juga perlu adil mengurus masa untuk para isteri dan anak-anak, menghargai mereka dan bukan hanya terpesona dengan yang ‘baharu’ sahaja.
“Ada dalam kalangan lelaki yang anggap perkara ini hanya sekadar syarat tanpa memberi kesan jika mereka mahu berpoligami.
“Maka akan timbullah krisis rumah tangga yang akhirnya bukan menambah berkat, sebaliknya mencipta musibah,” katanya kepada mStar.
Sementara itu, Syed memberitahu seseorang isteri pula tidak sepatutnya mendedahkan kemelut rumah tangga mereka kepada khalayak sehingga boleh mendatangkan aib kepada suami sendiri.
Syed berpendapat jika wanita berdepan dengan isu poligami seperti mana berlaku kepada Syamsul dan Puteri Sarah, mereka seharusnya mencari orang terdekat yang boleh memberi nasihat dan bukannya menjadi batu api serta boleh menghancurkan kebahagiaan seseorang.
“Tatkala mendapat khabar suami berpoligami janganlah terkejut, menangis, mengamuk serta buat perkara-perkara yang boleh menimbulkan keaiban.
Tatkala mendapat khabar suami berpoligami janganlah terkejut, menangis, mengamuk serta buat perkara-perkara yang boleh menimbulkan keaiban.
“Habis semua cerita suami didedahkan semata-mata untuk memuaskan hati sendiri. Apa lagi sekarang ini menjadi tempat luahan hati, dari orang tidak tahu, jadi tahu tentang isu rumah tangga.
“Bagi yang dimadukan, jangan rasa ini pengakhiran hubungan anda. Carilah rakan yang boleh menasihati dengan baik dan bukan ingin melihat rumah tangga anda hancur berkecai,” jelasnya.
Pada Jumaat, Syamsul mengumumkan dia telah bernikah dengan Ira Kazar yang merupakan anak perempuan kepada pelakon Kazar Saisi di Thailand.
Sarah minta Syamsul terus jalankan tanggungjawab terhadap anak-anak.
Dalam masa sama, menerusi satu perkongsian di laman Instagram miliknya, Puteri Sarah mendakwa Syamsul sudah lama tidak pulang ke rumah dan sukar untuk mereka berkomunikasi membincangkan masalah rumah tangga.
Kisah antara Syamsul dan Ira hangat diperkatakan apabila pelakon itu sebelum ini membuat pendedahan madunya itu menjadi perosak dalam rumah tangga mereka.
Malah dia juga sebelum itu mengambil tindakan mahkamah terhadap Ira atas tuduhan tersebut selain banyak berkongsi kisah perit yang dilalui selama empat tahun rumah tangganya bermasalah.
Syamsul dan Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Summayyah 4 tahun.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Sumber Murai.
Leave a Reply