Adik Ayda Jebat, Fyna Dan Zainal Abidin Hassan Sudah Bernikah

SHAH ALAM: Penyanyi, Fyna Jebat, 29, menoktahkan segala spekulasi apabila mengakui telah bernikah dengan bekas pengendali Penang FC dan Melaka United, Datuk Zainal Abidin Hassan, 61.

Fyna atau nama sebenar, Nur Syafinaz Jebat membuat pengakuan itu ketika ditemui selepas beraksi dalam program realiti, Family Duo, di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, malam tadi, namun menolak untuk berkongsi lebih lanjut mengenai pernikahannya.

Teka-teki akhirnya terjawab, Fyna Jebat mengaku sudah berkahwin dengan Zainal Abidin - Sensasi | mStar

“Alhamdulillah, saya telah bernikah. Terima kasih banyak kepada anda yang memberi komen yang baik.

“Saya harap anda mendoakan saya dan keluarga. Doakan juga perjuangan saya dan kakak, Ayda Jebat dalam Family Duo,” katanya.

Khabar angin pernikahan penyanyi tersebut dengan bekas pemain skuad kebangsaan itu bertiup kencang beberapa hari lalu, selain turut menjadi bualan hangat netizen di media sosial.

Biodata Penyanyi Fina Jebat, Adik Ayda Jebat | Iluminasi

Terdahulu, media melaporkan bekas jurulatih Liga Super berusia lingkungan 60-an telah berkahwin buat kali kedua dengan wanita berumur 29 tahun.

Wanita yang dinikahinya itu dikhabarkan seorang artis yang juga adik kepada pelakon dan penyanyi terkenal.

Kata Fyna, dia berharap orang ramai menghormati keputusannya untuk tidak berkongsi lanjut berkenaan perkara itu dan memohon doa untuk kebaikan keluarga.

Fynatics (Fyna Jebat FC) on Twitter: "“You don't have to be pretty. You don't owe prettiness to anyone. Prettiness is not a rent you pay for occupying a space marked 'female.'” – Erin

“Saya mohon maaf kerana tidak dapat berkongsi lebih lanjut tentang perkara ini untuk memastikan saya dapat memberi sepenuh tumpuan kepada program ini,” ujarnya.

Sementara itu, Ayda ketika mengulas tentang pernikahan adiknya itu bersyukur apabila perkara tersebut dapat dikongsi kepada umum.

“Tidak ada lagi yang dapat diperkatakan setakat ini. Saya berbangga kerana dia akhirnya berkongsi perkara ini dengan semua,” katanya.

Antara komen netizen,

Gud Job!!!! Bg Die Menjerit Coach!!! Jgn Bg Chance

Jodoh Tidak Mengenal Usia Dan Rupa.. Sbb Tu Kena Percaya Pada Rukun Iman.. Qada Dan Qadar…

Tahniah Buat Pasangan Yang Sama Cantik Sama Padan. Zainal Abidin Hassan Bagaikan Björn Andrésen Masa Muda(Aktor Sweden) Manakala Fina Jebat Pula Bagaikan Sabina Altynbekova(Pemain Bola Tampar Wanita Kazakhstan)

Lepas Ak Baca Artikel Ni…Baru La Ak Rasa Yakin Skit Jodoh Ak Mungkin Masih Pra Sekolah

Bukan Nak Cerita Pasal Rumah Tangga Orang Lain. Tapi Biasanya Bila Timbul Kisah Rumah Tangga Orang Lain Berantakan, Mesti Ramai Yang Pantas Menghukum, Yang Ini Sokong Suami, Yang Itu Sokong Isteri. Pelbagai Persepsi, Prasangka Dan Tohmahan Yang Dilemparkan.

Kat Rumah Nnti Kena On Lampu Selalu Jgn Tutup

Fuhhh..Dasyat Coach Otai..Pukulan Padu Ni

Sumber Utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*