Rupanya Ira Tak Nak Ganggu Rumah Tangga Orang, Tapi Sudah Terlanjur Mencintai – Ayu Puteh

Penerbit Datuk Ayu Puteh mendedahkan Ira Kazar iaitu isteri kedua kepada Syamsul Yusof pernah memberitahu dia mahu melepaskan pengarah tersebut dan membiarkannya kembali ke pangkuan keluarganya.

Ujar Ayu, dia antara k3nalan Ira yang m3ng3tahui hubungannya b3rsama p3ngarah t3rs3but dan p3rnah m3nasihatinya supaya tidak m3n3ruskan p3rcintaan yang s3dang t3rjalin.

M3nurut laporan Mingguan Malaysia, Ayu m3ngatakan Ira tidak p3rnah t3rfikir untuk m3ngganggu rumah tangga Syamsul b3rsama p3lakon Put3ri Sarah namun, tidak dapat m3mbuat apa-apa dis3babkan sudah t3rlanjur cinta antara satu sama lain.

Selagi tidak cacat terima saja – Ayu Puteh - Utusan Malaysia

“Secara peribadi, memang saya mengenali Ira, sejak dia berusia 19 tahun lagi. Dia berkawan dengan anak-anak saya malah dulu sering datang ke rumah dan beraktiviti bersama-sama. Bila kontroversi membabitkanya dan Syamsul timbul, saya juga ada menasihatkan dia sebelum ini.

“Katanya, dia pun tak pernah terfikir nak ganggu rumah tangga orang. Tapi sudah terlanjur saling mencintai. Ira dan Syamsul pun pernah bincang untuk tak teruskan hubungan dan anggap tak ada jodoh.

“Ira ada minta agar Syam­sul pulang ke rumah dan fokus kepada anak-anak dan isteri. Tetapi Syamsul pada waktu itu, tak komen apa-apa,” katanya.

Biodata Penuh Ira Kazar - Rakyat News

Bukan itu sahaja, Ira turut memaklumkan dia mahu berdiam diri bukan kerana takut atau mengalah sebaliknya tidak mahu dilanel sebagai ‘penyondol’ suami orang.

Tegas Ayu, keluarga Ira Kazar pernah menasihatinya mengenai perkara ini namun, ia tidak dapat dielakkan disebabkan takdir yang menyatukan mereka berdua.

“Ira beritahu, dia tutup mulut bukan sebab takut atau mengalah. Tetapi logiknya kerana dia pun ‘duduk’ di tempat itu. Walau macam mana jujur pun dia tetap akan kena. Manalah ada orang suka wanita yang dilabel penyondol suami orang.

“Tapi kena ingat, bertepuk sebelah tangan tak akan menjadi… Keluarga dia pun dah nasihatkan, tetapi macam saya katakan tadi, kalau sudah jodoh, elak macam mana pun, itu takdir dia,” ujarya.

Ayu Puteh kecewa dengan Finas

Bagaimanapun, pendedahan yang dilakukan oleh Ayu tidak bermaksud dia menyokong tindakan Ira Kazar memandangkan banyak hati yang perlu dijaga terutamanya Datuk Yusof Haslam.

Terdahulu, apabila Syamsul Yusof telah mengakui bernikah dengan Ira Kazar dengan berwalikan bapa wanita itu iaitu Kazar Saisi di Thailand sehingga mencetuskan pelbagai reaksi netizen di media sosial.

Antara komen2 netizen,

Terimalah dengan redha dan seadanya. Jgn pertikaian keputusan Allah. Asyik mencanangkan kecurangan lelaki…….Terimalah hakikat……bahawa suami kamu tu bukan milik kamu semuanya. Syarak membolehkan dia bernikah UTK kedua, ketiga dan keempat. Ia juga sunnah Rasulullah…..Kamu renungilah balik diri kamu…….. apa yg telah kamu berikan utk suami kamu selama ini ????!

 

 

4 Tahun kot..dia boleh memilih utk berundur…tp dia pilih stay..sebab apa,sebab nak menang..org yg pernah berhadapan ngan Citer mcm ni je tau sakit dia mcm mana…

 

 

Kalau btl dia x nak ganggu rmh tangga org…dia blh pilih utk tinggalkn syamsul bkn sekadar ckp mulut aje

 

 

Akhirnya lelaki juga dipersalahkan..mmg tak disangkalkan lagi..pompuan mana pernah Salah.. “Alhamdulillah (tak perlu baca terbalik)”

 

 

Sumber: Utusan Malaysia (Siti Athirah Dzulkifly)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*