
Kuala Lumpur: Pelakon Ahirine Ahirudin, 26, berharap tidak timbul salah faham terhadapnya berikutan video dengan hero filem Remp-It 2 iaitu Farid Kamil yang membantunya memakai topi keledar sebagaimana dimuat naik di aplikasi Tik Tok.
Menurut Ahirine, tindakannya tampil menjelaskan suasana yang berlaku memandangkan orang ramai menyebut nama isteri Farid, Diana Danielle di ruangan komen video berkenaan.
Saya dan Farid seperti abang dan adik, tidak sangka pula video berkenaan menimbulkan rasa kurang senang dikalangan wargamaya. Bukan dengan dia saja, malah saya juga akrab dengan produksi untuk filem terbabit.
‘Filem Remp-It 2 adalah percubaan sulung saya dalam bidang seni tempatan. Malah, saya masih baharu dan banyak tunjuk ajar diberikan oleh barisan pelakon filem berkenaan.
“Jadi, bagi saya tidak timbul istilah sekadar ingin bermesra dan sebagainya. Apatah lagi, saya menghormati status Farid sebagai suami orang dan bapa kepada dua cahaya mata.
“Malah, saya turut bersyukur kerana isterinya, Diana Danielle begitu memahami situasi itu, malah menggalakkan orang ramai untuk ke pawagam bagi memberikan sokongan terhadap filem arahan Farid,” katanya.
Ahirine yang juga pemegang Ijazah Komunikasi Massa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), turut berterima kasih kepada Farid dan FKX Film kerana melamarnya membintangi Remp-It 2 sekali gus membawanya masuk dalam bidang lakonan.
“Dalam filem ini, saya terbabit dengan motosikal lasak. Sedikit sebanyak memang karakter saya, sebab saya pun bekerja di bengkel juga selain berlatih di situ. Pada saya, impian akhirnya jadi kenyataan kerana saya memang minat sangat nak berlakon.
“Saya seronok dan bangga berganding dengan Farid yang dianggap ‘legenda’ dalam industri filem. Memang tak duga dan seperkara lagi tak sangka juga dia sangat ramah dan baik. Dia banyak memberi tunjuk ajar dari segi lakonan,” katanya.
Ahirine juga tidak kekok bekerja dengan barisan pelakon lain seperti Cat Farish (Macha), Niezam Zaidi (Spark), Izzue Islam (Deqwan) dan Farez Ridzwan (Ajak).
Terkini viral video Ahirine dan Farid Kamil berlatih Muay Thai.
Rata-rata netizen memberikan komen yang nakal gara-gara kontrovesi Syamsul Yusoff dan Ira Kazar.
Next Episod Ke Ni? Netizen Tak Abes Korek Psl Mentua X Terima Kazar Sbg Besan Lagi Nii Halahh Penat La Gini
Kpd Dania Daniel Dah Boleh Buat Langkah Pencegahan Awal Mende Ni Cm Kobit Kalo Dah Terkena Dah Takde Cara Lain Kecuali Cucuk Sinonek Dan Astrazalika Kesipulannye Laki Semua Sama
Terima Kasih En Farid Atas Tempahan Pakej Perkahwinan Di Thailand.
Kedah Dgn Siam Xjauh Mana Tu..Elok Lah Cegah Dari Awai
Sekarang Nie Samsol…Habis Org Nama Samsol Terpalit Teruk Kena Kecam Dgn Netizen…Jgn Lepas Nie Farid Plak…Habis Org Nama Farid Jgk Kena Tibai
“Artis Ni Kalau Sama Sama Mereka Ni, Ibarat Macam Adik Beradik Je, Tak Lebih Dari Tu….” Ujar Deris Sambil Suapkan Nasi Pada Kekasih Beliau.
Urat Jeles Hat Putuih Boleh La Tgk Mesra Mcm Tu…Kena Hat Bersambung Elok Bole Jd Ribut Bin Taufann… Thailand Xdan P Dh Aihhhh…
Kdg Aku Pelik Tngok Artis² Ni.. Dorang Ni Urat Cemburu Tu Mmg Dh Putus Awal² Ke Dr Bercinta Smpai Kawin?..
Ah Sudah… Sebelum Terlanjur Mencintai Mcm Kes Sebelah Baik Elakkan Awal²… Letih Netizen Nk Kena Hadap Masalah Umahtangga Ampa Ja Penuh Socmed…
Sumber Hmetro.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply