
PENERBIT Datuk Yusof Haslam menjelaskan tiada sebarang keperluan untuk dia menghubungi atau berjumpa besannya iaitu pelakon Kazar Saisi bagi membincangkan isu perkahwinan anaknya Syamsul Yusof dengan Ira Kazar.
Yusof, 69, berkata, masalah yang timbul tiada kena mengena dengan dirinya selain tidak mahu masuk campur urusan anaknya itu.
“Saya tiada langsung telefon dia (Kazar) atau dia hubungi saya. Tak ada fasal saya nak cari dia.
“Itu masalah mereka, saya tak masuk campur,” katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.
Kenyataan Fatimah yang tular di media sosial.
Dalam pada itu, Yusof turut enggan mengulas mengenai kenyataan isterinya, Datin Fatimah Ismail yang membuat kenyataan tidak akan memaafkan Kazar yang didakwa membantu Ira berkahwin dengan Syamsul di Thailand.
Kata Yusof, dia menganggap kenyataan dibuat isteri sebagai hak peribadi dan enggan masuk campur.
“Maaf, mengenai perkara itu saya tak mahu ikut campur kerana itu hak dia,” ujarnya.
Sementara itu, Yusof memberitahu dia sudah tidak mahu memberikan sebarang komen berhubung kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah yang masih tiada penyelesaian dan berharap anaknya itu dapat selesaikan sendiri.
“Saya sudah letih untuk memberikan komen. Ramai yang bertanyakan saya tentang ini. Cukuplah dengan apa yang saya telah kongsikan sebelum ini.
“Bagi saya, Syamsul sebagai lelaki biarlah dia buat urusan hidup dia sendiri. Saya tidak lagi mahu bercakap tentang soal ini,” katanya.
Terdahulu, Yusof meluahkan rasa kecewa apabila Syamsul tidak berbincang terlebih dahulu untuk berkahwin dengan Ira Kazar.
‘Tanggungjawab Suami Bukan Semata Bagi Duit’ – Kecewa Dengan Syamsul, Air Mata Yusof Haslam Gugur.
Tindakan pengarah sensasi Syamsul Yusof dan Ira Kazar kahwin senyap-senyap di negara Thailand membuatkan ramai orang kecewa termasuk isteri pertama, pelakon Puteri Sarah Liyana dan keluarga kedua belah pihak.
Kecewa hati
Menerusi laporan Melodi, produser terkenal, Datuk Yusof Haslam tidak dapat menyembunyikan rasa kecewanya apabila gugur air mata gara-gara tindakan Syamsul yang membelakangi keluarga.
Kata Yusof, luka hatinya tidak sedalam ibu Syamsul iaitu Datin Fatimah Ismail yang sedih dengan perbuatan anak lelakinya itu.
Bohong kalau cakap saya tak kecewa. Luahan hati saya mungkin tak sama datin sebab dia seorang ibu. Saya berpesan kepada datin kita doakan yang terbaik.
Kalau timbul permasalahan lagi, saya harap Syamsul akan bagi penjelasan dan bertanggungjawab dengan apa yang berlaku. Jika ditakdirkan mereka tidak ada jodoh (harap tidak berlaku), Syamsul kena bertanggungjawab dengan isteri dan anak-anak.
Pengarah berumur 68 tahun ini menegaskan kepada Syamsul bahawasanya tanggungjawab sebagai suami dan ayah bukan semata dengan memberi nafkah wang ringgit.
Bukan semata-mata hanya bagi duit. Kehidupan ini bukan satu perkara mudah. Kehidupan ini satu perjuangan.
Perjuangan untuk mempertahankan rumah tangga, pertahankan isteri. Menjalankan tanggungjawab suami bukan hanya memberi nafkah duit semata-mata tetapi menjaga perasaan masing-masing. Suami perlu menjaga perasaan isteri dan isteri juga perlu melakukan yang sama.
Jangan biar isteri merajuk
Dalam pada itu, Yusof menekankan dalam satu hubungan kekeluargaan perlu ada sifat memujuk sekiranya berlaku perselisihan faham.
Saya dah kahwin dengan datin 40 tahun. Selama 40 tahun itu, yang mengekalkan hubungan kami itu saya bersifat memujuk.
Kalau isteri merajuk, kita pujuk. Jangan membiarkan isteri merajuk dan memendam rasa. Kita manusia tak sempurna. Kalau ada masalah selesaikan terutama suami sebab dia adalah imam dalam keluarga.
Bagaimanaupun, Yusof reda dengan keputusan dibuat Syamsul dan berharap agar anaknya itu tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap Puteri Sarah dan dua cahaya mata mereka iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Video,
Sumber Mstar.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply