
Baru-baru ini, penyanyi dangdut popular, Mas idayu atau nama sebenarnya Mas Idayu Mesnun meluahkan rasa syukur apabila suami kesayangannya yang juga merupakan Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa, bukan seorang lelaki yang ‘kaki curang’.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @TV3Malaysia di laman TikToknya, Mas Idayu atau lebih dikenali sebagai Mummy berkongsi kenyataan tersebut ketika menjadi juri bagi program realiti Famili Duo semalam.
Dalam video tersebut, pengacara bagi program tersebut iaitu Janna Nick mempersoalkan Mas Idayu sama ada memiliki cinta yang mencukupi atau tidak.
Jawab Mas Idayu, dia bersyukur hanya bersyukur apabila suaminya seorang yang setia dan bukan seorang lelaki yang kaki curang.
“Alhamdulilah, mummy dapat suami yang macam itu. Orang lain belum tentu bertuah. Untung Mummy dapat suami yang setia,” ujar TV3 Malaysia di ruangan kapsyen.
Terbaik lah mummy!
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan jawapan yang diberikan oleh penyanyi yang berusia 51 tahun itu.
Pun begitu, ada juga netizen yang mengkritik Mas Idayu yang sangat yakin dalam memberikan kenyataan walhal perkahwinannya itu belum lagi mencecah usia setahun.
Syamsul pun lepas 4 tahun kahwin baru curang mami…sabar…awal lagi nak simpulkan semuanya
Kahwin xsmpai setahun boleh lar sembang…jap nk screenshot
Laki curang yg baik ialah yg bgtau isterinya dia curang… kalau tak, kira laki tak curang la hahaha
Ini semua rahsia Allah.Kita pun x tau nasib kita mcm mn doa yg baik2 je untuk kita semua. Semoga di jauh kn dari benda2 yg x elok.Aaminn.
Semoga bahagia ke anak cucu
Dalam pada itu, disebalik kritikan yang dilemparkan, ramai yang mendoakan agar mahligai Mas Idayu bersama suaminya kekal hingga ke jannah dan sentiasa bahagia bersama.
Sumber: TikTok @TV3 Malaysia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply