Abby Abadi Dedah Tak Pernah Ser4ng Sesiapa Sewaktu Kemelut Perkahwinan Dahulu, Tapi Lain Pula Yang Netizen `Otai` Dedah

Pelakon dan usahawan, Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan meluahkan rasa kecewa mengapa dia sering menjadi mangsa apabila munculnya kemelut rumah tangga yang sedang berlaku dalam kalangan artis pada ketika ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Abby di laman Instagramnya, dia tidak mahu berdiam diri susulan ramai yang telah mengaitkan dirinya malah ada segelintir netizen yang menjadikan kisah rumah tangganya dulu sebagai contoh hingga mengundang fitnah.

Ujar Abby, sewaktu perkahwinan dia bersama bekas suaminya sebelum ini, dia menjelaskan tidak pernah menyerang mana-mana pihak memandangkan dia tidak tahu siapa yang menjadi ‘orang ketiga’ dalam rumah tangganya.

“Sejujurnya dulu saya tak pernah serang siapa-siapa, tak pernah ya sebab saya tak tahu siapa orang ketiga, ke empat semua itu. Sebab saya tak berjaya periksa telefon bimbit bekas suami dan tak berjaya menjejaki gerak geri gasing dia waktu itu.
“Sebab dia kata dia sibuk penggambaran. Bekas suami memang jenis lari-lari dan tak balik-balik.. Jadinya, saya banyak takt ahu sebelum,” jelasnya.

Bukan itu sahaja, pelakon yang berusia 45 tahun itu mengakui dia pernah mencari bekas suaminya itu di set penggambaran untuk mendapatkan penjelasan berkenaan rumah tangga mereka.

Kata Abby, sudah semestinya dia mempunyai perasaan marah dan sedih pada ketika itu memandangkan bekas suaminya tidak pulang ke rumah hinggakan perhubungan mereka sudah ‘retak’.

Yang kata saya serang bekas suami dekat lokasi penggambaran, saya mencari je sebab lama tak jumpa dan nak kan penjelasan. Tak ada bawa senjata apa pun.
“Dan bila jumpa org kata saya marah-marah, nangis-nangis, dah tuuuu? Takkan saya nak seronok-seronok kalau bekas tak balik-balik dan sampai dah nak bercerai bagai?” katanya lagi.

Dalam pada itu, Abby berharap dengan penjelasannya mengenai perkahwinannya sebelum ini sudah pun terjawab dan meminta netizen jangan membuat sebarang spekulasi atau andaian sendiri.

Lain pula apa netizen beritahu,

Allah Dah Tutup Aib Dia…Dibuka Semula Buat Apa..Move On Je La….Anak2 Pun Dah Besar…Masing2 Dah Bahagia Dgn Pasangan Kannn…Aduhai Abby….

Kak Punya Serangan Lagi Teruk Sampai Orang Tengah Shooting Masa Tu…Jangan Nak Tunjuk Baik Sangat…Padahal Serang Mcm Tebuan Keluar Dari Sarang..

Alah Kauu Abby Nak Juga Menyelit. Buat2 Lupa Ke Abby Oi. Ko Pernah Serang Norman Masa Tgh Shooting .Aku Tgk La Melodi Live Lagi. Hahha 

Serius La Xpernah Serang. Sampai Hari Ni Ingat Lgi Yg Dia Mengamuk Masuk Melodi Ke Apa..Rasa Dia Teruk Lg Dr Sarah..Sarah Still Cool..Dia Mcm Meroyan Dh

Dia Dh Lupa Ke Dia Bawak Wartawan Pergi Serang.. Hadeii Baik Diam Je La Abby. Xyh Tambah2 Perasa

Sis..I Was There Masa Clip Video Sis Serang Memey N Norman Kat Set Tular.. Ke Masa Tu Tgh In Character??

Poyoooo Lah..Dlu Pun Kau Sama Aje..Meroyan Bila Laki Buat Hal..Masuk Melodi Bagai G Serang Laki N Perampas Tu..Ramai Bersempati Masa Tu Dkt Kau Termasuk Lah Aku..Tp Time Tak Canggih Lg Cm Skng Ni..Ada Mcm2 Saluran Utk Netizen Nk Luahkn Kegeraman Tu..Tp Skng Tengok..Baju Pun Berkongsi…Tu Sbb Bila Ada Kes Camni Berlaku Lg..Malas Aku Nk Ambil Tahu..2 3 Thn Lg Tup..Tap..Tup…Tap Puteri Sarah N Ira Kazar Jalan Seiringan..Netizen Juga Yg Melopong

Dia Igt Netizen Zaman Dia Serang Dah Meninggal Ke?? Silap Besar Laaa….

Bukan Dulu Masa Norman Tgh Shooting Dia Pi Serang. Sampai Yusoff Haslam Suruh Dia Balik.

Ehhh Saya Ingat Lagi Tau. Dia Gi Serang Norman Masa Tengah Shooting. Anak Dia Kecik Lagi. Dulu Xda Socmed, Berita Tergempar Masuk Melodi.

Abby Ada Serang Norman Kat Tempat Shooting Dlu…So Far Memey Xde La Mental Mcm Anak Kazar Tu Haa…Kalo Minah Rempit Xpsycho Rasanya Xde La Puteri Sarah Marah Sgt…

Alaaa Die Lupe La Tu Ape Yg Die Dh Buat…Kami Ingt Lagi?abby Nasib Baik Skit Time Tu Bkn Zaman Viral..

Sumber: TikTok @Abby Abadi Official

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*