Puteri Sarah Bagi Tiba2 ‘Greenlight’ Setuju Model Jadi Isteri Ketiga Syamsul Yusof, Netizen Mula Undur Diri Dari Sokong Puteri Sarah

Terdahulu, seorang wanita yang juga merupakan model telah menawarkan dirinya untuk menjadi isteri ketiga pengarah terkenal, Syamsul Yusof di media sosial.

Mana tidaknya, wanita terbabit juga meluahkan rasa tidak puas hatinya apabila melihat Ira Kazar berjaya menawan hati Syamsul Yusof menjadikannya isteri kedua sedangkan dia mengetahui pengarah tersebut sudah mempunyai isteri dan anak.

Bukan itu sahaja, menerusi video yang dimuat naik oleh wanita terbabit di laman TikToknya, dia meluahkan rasa teruja apabila Puteri Sarah memberi ‘greenlight’ dengan bersetuju untuk menjadi isteri ketiga suaminya.

“Hari ini ada berita gembira kepda seluruh rakyat Malaysia iaitu Puteri Sarah isteri kepada Syamsul Yusof memberi ‘green light’ kepada saya untuk menjadi isteri ketiga.

“Kepada yang lain mencalonkan diri untuk menjadi isteri ketiga, sila berundur kerana anda tidak ‘green light’ okay. Jadi saya akan jalankan tanggungjawab saya sebagai penyondol.

“Yang penting biarlah ira tu tahu macam mana rasanya bila suami kena rampas. Barulah keluarga dia tahu, ini masalah kecil atau besar,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, wanita terbabit menjelaskan dia bukanlah serius untuk menjadi isteri ketiga untuk Syamsul Yusof walhal, dia hanya mahu melepaskan kemarahannya kepada Ira Kazar yang berani menganggu rumah tangga Puter Sarah.

Malah, dia sempat menitipkan pesanan buat puteri Sarah agar terus kuat dalam menghadapi dugaannya pada ketika ini dan berharap akan lebih menyayangi dirinya sendiri.

“Saya mahu cakap sebenarnya tidak betul-betul. Saya hanya melepaskan kemarahan saya saja. Kesian Puteri Sarah dah la ada dua anak, lepastu empat tahun kot.
“Kepada penyondol di luar sana, sebelum kau layan suami orang, tolong lah berfikir dulu ya. Hanya nasihat. Kepada Puteri Sarah, semoga terus kuat. Sayangi diri awak

Komen netizen

Dr sini dah blh nampak mcm mne dalaman hatinya.. Bkn nak ckp apa la,wanita yg baik dia tak kan ckp benda2 yg negatif/tak elok sekali pon dia terluka. Diam dan redha adalah hikmah terbesar utk org yg teraniaya.Mula2 rasa sedih cerita dia nie,lama2 jd bosan. Br kawen bini no2 pn da kecoh lg beriya nak suruh ada bini no3 jgn meroyan pulak nt.Sakit hati mcm mne sekali pon bkn ini caranya ,sebaiknya byk kan diri dkt dgn Allah dan jgn berhenti berdoa.

 

 

Hahahahaa makin lama makin beria lak si sarah ni. Konon netizen backup dia, makin menjadi pulak perangai dia.

 

 

Makin menjadi jadi pulak,yg pelik tu ramai pulak yg sokong walau nampak sgt caranya cari perhatian melebih lebih..mungkin dgn menjaja masalah rumahtangga tu kamu berjaya buat ramai membenci madu kamu dan lebih parahnya suami kamu sendiri,tapi dalam kamu tak sedar aib kamu pun sendiri terbuka..cukup²lah..simpanlah sedikit rasa malu tu..

 

Makin meluat pula dengan bini tua syamsul ini..dari awal tahun lalu lagi.. menjajah lelong² bagi tau 1 dunia permasalahan rumah tangga..macam dia seorg je ada rumah tangga..macam diri sendiri baik sangat..nak tarik perhatian lah tu ajak nitizen kecam madu dia..aku makin respect dengan madu dia ni..diam bukan bererti dia salah.. suaminya mampu kot ..jangan lah tamak haloba harta suami..ini pandangan org jika berbulan bulan memburukkan org,redha dan pasrah sajalah apa yg berlaku..kan bagus tu punya madu..

 

 

Video,

https://twitter.com/RedsJakes/status/1612612719349501953?t=6kxlvW04pwzhRRJYkPHw1g&s=19

 

Sumber: TikTok @mexxrenn_

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*