Syamsul Yusof minta dua isteri bertenang, reaksi Puteri Sarah ramai tak setuju

KEMELUT rumah tangga antara pelakon Puteri Sarah Liyana dan suami iaitu Syamsul Yusof nampaknya belum berakhir kerana masing-masing dilihat saling membalas kenyataan di media sosial.

Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, berkata, dia cuba untuk tidak memberikan reaksi terhadap perkara yang sudah berlaku, namun terpaksa bersuara kerana ingin menyatakan rasa kecewa bagi pihak keluarga.

“Orang jahil akan serlahkan kejahilannya. Walaupun dia disangka berilmu. Saya cuba untuk tidak memberikan reaksi kerana semuanya sudah berlaku.

sr1 - 1

Kenyataan yang dibuat oleh Puteri Sarah di Instastory.

“Tetapi saya rasa bertanggungjawab untuk memberitahu bahawa saya berasa kecewa dan malu bagi pihak anak-anak serta keluarga,” katanya.

Sarah berkongsi perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Selasa.

Perkongsian Sarah itu dipercayai merujuk kepada kenyataan yang telah dibuat oleh Syamsul Yusof sebelum ini.

Terdahulu, Syamsul meminta dua isterinya iaitu Puteri Sarah dan Ira Kazar bertenang dan banyakkan bersabar berdepan ujian hubungan mereka.

Pengarah filem Mat Kilau itu turut memuat naik foto perkahwinannya bersama kedua-dua isteri.

Sementara itu, Sarah memohon agar Syamsul tidak lagi menyakiti hati anak-anak dan berfikir dahulu sebelum membuat sebarang hantaran di media sosial.

Ini kerana Syaikhul dan Sumayyah sedang membesar dan terdedah dengan penggunaan telefon pintar.

“Syaikhul dan Sumayyah sedang membesar dan saya tidak boleh sorok mereka daripada telefon pintar.

“Jangan sesekali menyakiti hati dan perasaan anak-anak. Berfikirlah sebelum membuat sebarang hantaran.

“Malunya ya Allah, Syaikhul dan Sumayyah dapat ayah macam ni,” katanya.

sr2 - 1

Sarah mohon Syamsul memikirkan soal perasaan anak-anak.

Untuk rekod, Syamsul dan Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Pada Jumaat lalu, Syamsul membuat kejutan apabila mengumumkan telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand dan berwakil walikan ayahnya, Kazar Saisi.

Antata Reaksi netizen tak setuju,

Sis Sarah cer rilek sat…kata perkara ni akan dibawa ke mahkamah kann?? Fight dekat mahkamah…jangan begini sis…jadi jadi punca lelaki pandang rendah pada perempuan…? Ya tahu awak cuba dapatkan hak awak…tapi settlekan di mahkamah semuanya…

 

 

Takut nanti,ank kau kata,bangga dapat ayah macam ni sebab dapat tawan Dua hati perempuan.

 

 

Sudah2 la tu mengata dan mengaibkan suami. Klu dah x suka dan x blh terima mintak aje cerai abis citer. X abis mengata takut nti ibu dan ayah mertua pulak yg naik angin ngn ko. Yg ko kutuk tu anak kandung dorg. Buruk baik tetap ank diorg.

 

 

Kau pun patut malu isteri derhaka. Taat pada suami. Sbb masih isteri dia.. lg nak mengeruhkan keadaan yg tak sudah2.. nk tunjuk satu dunia yg kau ni disakiti mintak simpati. Aib suami perlu di jaga walaubagaimanapun.

 

 

Sumber Mstar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*