
Nama Daiyan Trisha rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Selebriti berusia cantik berusia 28 tahun itu sememangnya kerap menjadi duta pelbagai produk termasuklah jenama luar negara.
Penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha tampil menepis dakwaan mengatakan dia ditaja lelaki kaya atau lebih dikenali sebagai ‘sugar daddy’ disebabkan gaya hidupnya yang serba mewah.
Menurut pelakon berusia 29 tahun itu, dia berasa terkilan kerana kerja kerasnya untuk memiliki dua buah rumah ketika usia muda dipertikaikan oleh netizen.
Nafi dibela sugar daddy
Memetik laporan daripada Kosmo! Daiyan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas itu dan mengatakan setiap apa yang dimiliki adalah hasil usahanya sendiri.
Ada sesetengah orang tak nampak kesusahan saya sampai label saya ada ‘sugar daddy’.
Saya agak terkilan sebab dah penat bekerja tapi ada pula pihak yang buat tuduhan berat.
Daiyan atau nama penuhnya Daiyan Trisha Mohd. Nasaruddin berkata, perkara tersebut secara tidak langsung melukakan hatinya.
Bukan itu sahaja, pelakon Projek: Anchor SPM itu turut mempersoalkan tindakan sesetengah pihak yang sering mengaitkan kerjayaan seorang wanita dengan sesuatu perkara lain dan bukannya dari hasil usahanya sendiri.
Kenapa lelaki berjaya tak pernah dilabel ada ‘sugar mummy’? Bagi saya, tuduhan macam ni tak adil bagi kaum perempuan.
Saya memang tak tunjuk kesusahan saya sebab saya ikhlas bekerja.
Tambahnya, dia sememangnya kurang gemar menunjuk-nunjuk kerja kerasnya kecuali hasil karya seni yang cukup membanggakan.
“Saya memang tidak tunjuk kesusahan tersebut kerana saya ikhlas bekerja. Doa ibu bapa juga yang mendatangkan hasil sehingga mampu mencapai beberapa impian.
Peminat pula tidak pernah mempersoalkan perkara sebegitu kerana mengetahui kepayahan saya,” ujarnya.
Dalam pada itu, Daiyan menganggap doa daripada ibu bapa juga merupakan salah satu punca kejayaan yang dimilikinya hari ini.
Tak heran tuduhan netizen
Walau bagaimanapun, dia sama sekali tidak heran dan enggan menghiraukan kata-kata serta tuduhan netizen. Dia cuma mahu fokus dengan kerjaya dan menggembirakan diri sendiri serta keluarga sahaja.
Saya okey sahaja kerana apa yang penting adalah untuk meneruskan kerja dan buat ibu bapa saya gembira.
“Alhamdulillah orang menjadikan saya sebagai inspirasi dan saya doakan kalian juga dapat mencapai apa yang saya ada,” katanya.
Terdahulu, penyanyi lagu Penat itu berjaya membeli sebuah kediaman mewah landed ketika berusia 27 tahun selepas memiliki sebuah kondominium di ibu kota pada tahun 2019.
Sedikit info Daiyan
Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin (lahir 22 Disember 1993) merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara wanita Malaysia. Beliau mula mendapat perhatian meluas menerusi telefilem pertama lakonannya yang bertajuk Dee, dan sejak itu, beliau telah muncul dalam pelbagai kredit lakonannya dalam televisyen dan filem termasuk Sejuta Rasa Buat Adelia (2018) dan Busker (2018). Bagi kerjayanya dalam bidang muzik, Daiyan telah merakamkan sejumlah lagu yang telah menjadi kejayaan komersial termasuk “Cinta Suka Sayang Kamu”, “Kita Manusia” dan “If I”.
Daiyan Trisha dilahirkan pada 22 Disember 1993 di Bangi, Selangor. Beliau ialah anak kedua daripada lima beradik kepada pasangan Samsiah Mohd Nor, seorang penulis novel terkenal dan Mohd Nasaruddin Mohamed. Daiyan pernah bekerja sebagai pelayan restoran dalam tempoh jangka pendek semasa menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Dee gemar membaca dan bersenam di waktu lapang. Daiyan merupakan pemegang Diploma Perakaunan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan ijazah sarjana muda pentadbiran perniagaan di Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL).
Daiyan mendedahkan dalam satu temubual pada Oktober 2017 bahawa beliau pernah berdepan dengan kemurungan dan pelbagai masalah berkaitan pelajaran, kerjaya, peribadi dan keluarga sehingga gagal mencari jalan penyelesaian dan tempat untuk mengadu. Beliau memetik penyanyi Amerika Syarikat, Taylor Swift sebagai idola dan pengaruhnya dalam bidang muzik.
Pada Mac 2019, Daiyan mengumumkan dalam satu klip video di akaun Instagram miliknya bahawa impiannya untuk memiliki rumah sendiri pada usia 25 tahun tercapai.
Beliau berkongsi dalam satu rakaman video di YouTube bahawa beliau telah menghadiahkan kereta Mercedes-Benz untuk ibu bapa sebagai kejutan ulang tahun perkahwinan ibu bapanya pada November 2020.
Sumber: Kosmo! (Nur Al-Fairuza Syarfa Nor Saidi)
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply