Belum Ada Zuriat, Siti Elizad Pernah Minta Suami Kahwin Lain – “Stres Mencuba”

SEMPENA ulang tahun perkahwinan yang kelapan, pelakon Siti Elizad meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang suami yang penyabar.

Kata Elizad atau Siti Elizad Mohd Sharifuddin, 38, dia cukup bertuah kerana memiliki suami yang mampu memberikan kebahagiaan meskipun mereka belum dikurniakan cahaya mata.

“Allah temukan dia insan paling tenang dan sabar. Terima kasih ya Allah untuk semua ini.

elizad1 - 1

Elizad bersyukur ditemukan dengan suaminya.

“Mungkin belum ada rezeki lagi untuk rasa kemeriahan suara anak-anak di rumah tapi lelaki ini adalah orang yang tak pernah gagal buat saya gembira. Sayang awak hingga ke syurga,” katanya menerusi Instastory.

Bersama status itu dia turut memuat naik foto selfie bersama suami.

Dalam perkongsian yang lain, Elizad juga berharap agar soalan mengenai anak tidak ditanya lagi kerana ia akan melukakan hatinya.

“Jangan ditanya soalan yang menjadi rahsia Allah kerana ia akan menggores hati seseorang. Bersabar dengan ujian Allah dan reda dengan ketentuan Allah,” katanya.

Sementara itu, Elizad juga berharap agar hubungan perkahwinan mereka itu dirahmati Allah SWT.

“Semoga Allah membimbing kami ke jalan yang benar dan bantu kami buat keputusan yang betul, sentiasa ikuti ajaran al-Quran dan jadikan hidup kami aman dan tenang.

“Semoga Allah merahmati perkahwinan kami dan selamatkan kami,” ujarnya.

elizad2 - 1

Elizad berharap tidak lagi ditanya soalan tentang anak.

Untuk rekod, Elizad mendirikan rumah tangga bersama Shamsul Baharin pada 11 Januari 2015.

Pasangan ini juga pernah menjalani rawatan kesuburan in vitro fertilization (IVF) untuk mendapatkan zuriat namun mengalami keguguran selepas seminggu disahkan hamil.

Belum ada zuriat, Siti Elizad pernah minta suami kahwin lain – “Stres mencuba”

“InsyaAllah tahun ni rasanya akan cuba lagi. Kalau tak ada juga kami reda sahaja la dan enjoy hidup berdua.
“Stres juga setiap tahun mencuba tapi masih belum menjadi, jadi saya malas dah nak fikir, lagi pula umur pun dah meningkat tak nak la stres-stres, nak tenang-tenang sahaja.
“Cuma kadang-kadang bila orang push tentang anak, tu yang rasa geram… kalau buat anak ni macam mesin tak apa juga,” katanya.

Sebelum ini, pelakon drama Jalan Sesat Ke Syurga itu berkongsi sebuah posting di laman Instagram memaparkan ucapan sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang kelapan.

“I takde ucapan panjang2 untuk u. Sebab, setiap kali ulang tahun perkahwinan, mesti i akan cakap ‘Inshaallah anniversary tahun depan mesti kita bertiga’. Rasanya dah boleh tukar dialog tu.
8 tahun menanti.
“Percaturan Allah itu lebih baik. Redha & pasrah . Happy anniversary, happy honeymoon forever. Just the two of us. Doakan kami ya semua,” tulisnya.

Tambahnya, soal zuriat tidak menjadi isu dalam rumah tangga tersebut kerana suaminya sudah memiliki dua cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.

“Ada juga tanya suami kalau dia nak kahwin lain… tapi dia kata dah ada dua anak sebelum ini, jadi dia tak rasa zuriat ini isu dalam rumah tangga kami,” katanya.

Terdahulu, Elizad pernah melakukan rawatan kesuburan in-vitro (IVF) sebelum disahkan hamil namun mengalami keguguran seminggu selepas itu.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*