“Kami Madu Berempat Elok Je” – Sendiri Dah Terkena! Isteri Kedua Minta Wanita Jangan Over Benci Poligami, Takut ‘Makan Diri’

SETELAH pengarah kontroversi, Syamsul Yusof mengaku bernikah dengan wanita pilihannya, Ira Kazar di Thailand, pelbagai isu berbangkit dapat kita lihat di media sosial.

Topik ‘tambah isteri’ paling hangat dibincangkan terutama sekali bagi golongan wanita yang berfikiran skeptikal dengan isu poligami.

Ketika ramai menyuarakan pendapat mengenai kehidupan berkongsi suami, tampil seorang wanita mendedahkan sisi positif dan kemanisan hidup berpoligami.

Amira merupakan isteri kedua dan bahagia hidup berpoligami.

Menurut Amira Rasid, dia yang merupakan isteri kedua secara tidak langsung turut berasa terpalit apabila ramai mengecam teruk dan menggelarkan isteri nombor dua sebagai ‘penyondol’ di media sosial.

“Disebabkan kes Ira Kazar, isteri kedua teruk dikecam,” katanya dalam video tersebut.

Tegasnya, netizen tidak seharusnya ‘pukul rata’ semua keluarga yang memilih untuk hidup dalam suasana berpoligami.

Bukan itu sahaja, Amira turut berpandangan berpoligami kelihatan kejam disebabkan kritikan dan pandangan negatif orang ramai terhadap mereka yang berkahwin lebih daripada satu.

“Poligami tak kejam. Tapi manusia yang kejam sebab mengeruhkan lagi keadaan.

“Sibuk judge orang. Lupa yang rumah tangga sendiri tak terjaga.

“Doakan yang baik-baik sahaja,” ujarnya.

Bagi Amira, walaupun pahit menjalani hidup apabila sering dipandang negatif, sebenarnya bahtera hidup bersama empat isteri semestinya mampu dikendali dengan baik sekiranya suami sebagai ketua keluarga faham dan menjalankan tanggungjawabnya.

Dalam hantaran dibuat, Amira juga menunjukkan foto madu-madunya yang dikatakan duduk sebumbung.

“Kami madu berempat elok saja. Siap duduk serumah lagi.

 

Pengakuan Amira bahawa dia isteri kedua.

“Janganlah pukul rata. Nak rasa manisnya madu, bolehlah cuba,” katanya berseloroh.

Hantaran itu menjadi tular setelah dimuat naik sehingga menerima pelbagai reaksi dan pendapat netizen di TikTok.

Seorang pelayar membuat luahan mengenai ketidaksanggupan untuk bermadu dan Amira membalas komen tersebut dengan menjelaskan pengalaman dirinya sendiri.

Sama seperti golongan hawa lain, dia sendiri pernah menjadi insan yang menolak untuk berpoligami.

Sebab itu saya nasihatkan anda semua, kalau tak suka lebih baik diam. Jangan terlalu kritik. Jaga percakapan. Lebih baik anda doakan yang baik-baik.

Namun, segala-galanya kini berubah apabila dia sendiri bahagia menjalani kehidupan bersama tiga madu tersayang.

“Perkataan macam sis inilah yang saya pernah ungkapkan dulu masa zaman sekolah. Saya tak sanggup dimadukan.

“Tapi Allah maha mengetahui. Apa yang paling saya tak nak itulah saya dapat. Ujian untuk saya.

“Sebab itu saya nasihatkan anda semua, kalau tak suka lebih baik diam. Jangan terlalu kritik. Jaga percakapan. Lebih baik anda doakan yang baik-baik,” katanya lagi.

Jika diteliti pada ruangan komen, walaupun pendapat wanita ini diterima pakai kebanyakan netizen, terdapat segelintir golongan tidak bersetuju dan menyatakan pandangan mereka.

Komen netizen di TikTok.

“Madu empat duduk serumah? Maknanya tak mampulah. Tapi dah madu-madu boleh tolak ansur… ikutlah macam mana pun.

“Tak semua orang suka hidup berkongsi-kongsi.

“Tak semua wanita boleh terima kehadiran insan kedua.

“Tak salah kahwin ramai. Yang salah bila tak berlaku adil. Sekurang-kurangnya bagitahu isteri pertama nak kahwin ni senyap-senyap saja siapa tak marah kan,” komen netizen di TikTok.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*