
Baru-baru ini, usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri dan ibunya, Bonda Rozita Ibrahim meluangkan masa melakukan siaran langsung di laman TikTok bersama pengikut.
Bagaimanapun, topik perbualan mereka sewaktu sesi ‘live’ itu berjaya menarik perhatian ramai kerana membahaskan isu ‘kahwin lagi‘ memandangkan ia masih hangat diperbualkan.
Bonda izinkan tak Syukri kahwin baru?
Menerusi video dikongsikan pengguna dikenali @roslindarazali06, kebanyakan pengikut bertanya pendapat Bonda Rozita sama ada memberi keizinan kepada anaknya berkahwin seorang lagi atau tidak.
Pun begitu, Bonda Rozita yang juga pengasas Sendayu Tinggi memberitahu dia tidak boleh menghalang sekiranya ia berlaku tetapi bukan dari segi penerimaan menantu baharu.
“Dia nak kahwin lagi, saya tak boleh halang, tapi saya kata aku tak nak jumpa menantu baru aku tu,”ujarnya.
Poligami dalam Islam adalah halal – Aliff Syukri
Aliff Syukri dalam hantaran berkenaan ‘menyelit’ hukum poligami kepada ibunya dengan mengatakan ia adalah halal di sisi agama. Malangnya, ia tidak mendapat persetujuan daripada Bonda Rozita sebelum dibaling dengan selipar dan kerusi.
“Kau diam! Aku renyam kau. Kau jangan, kau nampak kasut aku ni. Langkah mayat aku dulu. Kalau berani, kau jangan ya!
“Ida (Datin Shahida) tengah mengandung. Kau buat aku bunuh kau!”berang Bonda sambil membaling selipar ke arah anaknya.
Bonda Rozita berkata, setakat ini Aliff Syukri dan menantunya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid hanya sekadar bergaduh sahaja dan tidak pernah ke arah tersebut.
“Syukri dia takkan, setakat inilah. Sepanjang dia ada isu dengan isteri, senang sahaja saya larikan cucu aku (anak-anak Aliff Syukri).
Anak-anak Ida berderat gara-gara kau, Syukri…
Selain itu, Bonda Rozita mengingatkan anak lelakinya supaya ingat akan isterinya yang bersusah payah bertarung nyawa bagi melahirkan ramai zuriat mereka yang cantik dan tampan.
“Anak-anak kau lawa, Syukri. Ida tu beranak separuh mati. Anak-anak Ida berderet gara-gara kau, Syukri. Aku cucuk mata kau!,”ujar Bonda Rozita lagi sambil agah chopstick.
Sebelum ini, portal melaporkan usahawan yang sinonim dengan tagline Terlajak Laris mengakui mempunyai niat untuk berkahwin seorang lagi namun terbantut apabila mengenangkan jasa isterinya.
Untuk rekod, Aliff dan Shahida berkahwin pada tahun 2007 dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arshiyah.
Video penuh:
Komen netizen,
Ni Pon Salah Satu Mak Mertua Yg Sayang Sgt Dgn Menantu. Bonda Ni Sy Kagum Sgt Bonda Dan Mak Mertua Puteri Sarah Semoga Sy Dpt Mak Mertua Pon Mcm Ni Boleh Terima Sy Sbgai Anak Dia
Mmg Halal Tp Caranya Biar Betul.Bkn Meninggalkn Bini Dan Anak2,Yg Pihak Ke3 Menganggu Isteri Yg Sah,Nafi Dan Mendiam Diri Konon Isteri Pertama Yg Sala
Terbaik lah Bonda, arwah mak mertua sy pun baik Sgt, ckp dia Sgt sopan kita pl yg malu dgn dia.
Sumber OMM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply