
Anak kepada ahli politik, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi iaitu Datuk Nurul Zahid yang juga merupakan isteri kedua telah berjaya meraih perhatian netizen selepas berkongsi mengenai kisah kemanisan hidup bermadu.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Berita FM, Nurul mendedahkan perkahwinan bersama suaminya itu telah mendapat restu daripada isteri pertama dan dia tidak pernah merahsiakan perkara tersebut kepada mana-mana pihak.
“Ini tujuan pendidikan sahaja, bukan untuk mengalakkan dan sewaktu dengannya. Sewaktu saya angkat nikah, terus saya cakap isteri kedua. Tak ada sorok-sorok.
“Akak (isteri pertama) datang rumah secara rasmi suami bawakkan. Terus kami bersua muka secara empat mata, borak dari hati ke hati,” ujarnya.
Nurul turut mendedahkan dia sudah berjumpa secara bersemuka dengan isteri pertama suaminya itu sebelum dia mendirikan rumah tangga.
Bagaimanapun, alangkah terkejutnya apabila dia mendengar soalan daripada isteri pertama suaminya itu dengan mengajukan pertanyaan “Nurul, betul ke awak berkahwin dengan Saiful?” yang tidak sepatutnya disoal oleh isteri pertama.
“Akak soalan ni dah terbalik, boleh ke saya berkahwin dengan suami akak? Saya ni berada di kedudukan untuk menjadi isteri kedua,” kata Nurul lagi.
Dalam pada itu, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Nurul di laman TikToknya, dia juga sempat berkongsi mengenai kemanisan hidup sebagai bermadu yang dialami olehnya.
Tegas Nurul, sebagai seorang lelaki tidak sewajarnya berselindung dengan disebalik sunnah Nabi untuk berpoligami dan berpendapat kehidupan bermadu itu adalah manis jika dilakukan dengan cara yang betul.
“Kepada lelaki, jangan berselindung disebalik Sunnah kerana Nabi Muhammad SAW sendiri bernikah atas perintah Allah. Dan perempuan/wanita tolong tahu diri.
“Menikahi seseorang boleh terjadi atas dua sebab, jodoh atau bodoh. Realiti perkahwinan poligami ini indah seandainya diterjemahkan dengan pemahaman dari Al-Quran dan Hadis. Bukan dari terjemahan nafsu. Semoga menjadi pengajaran dan iktibar,” jelasnya lagi.
Antara komen netizen,
Baguslah tu ada kemanisan kita yg satu laki & satu isteri belum tentu ada kemanisan yg ada kepahitan.
Ini yg kita nak. Tak perlu nak bising2. Hidup bermadu membuatkan rumah tangga semakin bahagia.
Lain orang lain rasanya. ada cerita masing masing. tapi nak femes jugak ke.
Semoga kita semua dapat berpoligami…..isteri ok je bpoligami..janji bawa bakal madu ckp jujur je..xpaya gi thailand..semua pompuan di Malaysia sbnrnya sgt suka bpoligami…
Video,
— RedsJakes (@RedsJakes) January 12, 2023
Sumber OMM.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply