
Siapa sangka selepas 14 tahun, kelibat lelaki yang melakonkan watak mer4gut rantai Wan Maimunah masih diingat ramai.
Lebih mngejutkan, wajah lelaki terbabit tidak banyak berubah menyebabkan orang dapat mengenalinya dengan mudah.
” Saya terharu kerana iklan itu masih diingati sehingga kini walaupun tidak lagi ditayangkan di kaca televisyen,” kata Mohd Uzreen Mohd Kassim yang melakonkan watak peragut dalam iklan khidmat masyarakat sekitar tahun 2006.
Berkongsi pengalamannya, Mohd Uzreen, 39, yang kini bekerja sebagai pemandu lori berkata, dia ditawarkan berlakon dalam iklan berkenaan pada tahun 2006 dan menerimanya kerana tiada pekerjaan ketika itu.
” Saya ditawarkan berlakon oleh seorang rakan yang ketika itu bekerja di Filem Negara Malaysia (FNM) dan terkejut kerana tawaran datang secara spontan sedangkan saya pula tiada pengalaman berlakon.
” Kebetulan, saya tiada pekerjaan pada waktu itu jadi terima tawaran untuk mencuba walaupun rasa agak kekok dan susah untuk melakukannya (berlakon),” katanya ketika ditemui Harian Metro di Taman Perindustian, di sini, hari ini.
Menurutnya, sebagai inidividu yang tiada pengalaman, peluang berlakon dalam iklan itu dianggap sebagai kenangan terindah terutama apabila digandingkan dengan pelakon hebat seperti Wan Maimunah.
” Perasaan saya bercampur baur, teruja ada, takut pun ada ketika berlakon dengan ibu (gelaran untuk Wan Maimunah) di set penggambaran.
” Namun, ibu tidak lokek berkongsi ilmu malah banyak membantu dan mengajar saya bagaimana melakonkan watak peragut di set penggambaran.
” Ibu seorang pelakon yang profesional dan tidak kisah saya menolaknya dengan betul sekalipun kerana mahu adegan kami nampak hidup,” katanya.
Wan Maimunah mahu berjumpa dengannya
Katanya, dia ada terbaca kenyataan Wan Maimunah yang meluahkan hasrat untuk bertemu dengannya.
” Saya ada menerima panggilan daripada anak angkat ibu yang mahu mengatur pertemuan kami selepas tersiarnya kisah itu di portal berita dan laman sosial.
” Namun, ia kemudiannya senyap begitu saja dan difahamkan ibu mempunyai masalah kesihatan.
” Ikutkan, saya juga (mahu) bertemu dengan ibu jika ada masa yang sesuai tetapi tidak pasti adakah dia masih ingat dengan saya atau tidak,” katanya.
Bapa kepada seorang anak itu berkata, selepas iklan khidmat masyarakat berkenaan dia tidak menerima tawaran lain untuk berlakon.
” Itu (tawaran) kali pertama juga terakhir saya berlakon dan tiada lagi selepas itu tetapi impaknya besar sehingga kini terutama selepas vdeo iklan itu kembali tular di laman sosial beberapa bulan lalu.
” Ini kerana ramai individu tidak dikenali menghantar permintaan untuk menjadi rakan di Facebook (FB) dan beratus mesej diterima.
” Jujurnya saya bangga kerana mesej iklan berkenaan sampai kepada penonton sekali gus dapat memberi kesedaran kepada masyarakat supaya berwaspada,” katanya.
Berhubung wajahnya yang dijadikan karikatur di laman jenaka dekat laman sosial, Mohd Uzreen mengakui mrah pada mulanya dengan tindakan individu yang melakukannya.
” Mulanya memang mrah tetapi akhirnya saya anggap ia sebagai hiburan saja untuk pengikut laman itu,” katanya.
Terkini mengenai Wan Maimunah
Wan Maimunah menangis, penat berlakon tapi tak dibayar
PENERBIT atau syarikat produksi drama di negara ini dirayu mengambil berat isu kebajikan pelakon veteran terutama aspek pembayaran sekali gus memastikan golongan tersebut tidak terus ditindas termasuk tidak menerima bayaran seperti dijanjikan.
Pelakon veteran, Wan Maimunah Wan Abdul Aziz, 68, berkata, dilema tersebut sering dihadapi golongan pelakon veteran termasuk dirinya apabila bayaran yang dibuat tidak setimpal dengan bakat dan pengalaman yang ada, hingga menyebabkan mereka tawar hati untuk menerima tawaran berlakon.
“Ibu banyak tolak tawaran sejak kebelakangan ini. Ibu merayu kepada penerbit turunlah padang, jenguk-jenguklah berapa yang dibayar kepada kami kerana kadang-kadang bukan penerbit yang tak bayar, pengurus produksi yang tak bayar.
“Banyak orang tidak tahu tentang perkara ini. Kita penat bekerja tetapi tak dibayar, maksudnya orang tengah yang ambil. Kebanyakan anak seni memendam rasa, makan hati sendiri dan disebabkan minat, mereka telan juga,” katanya.
Wan Maimunah yang sudah 50 tahun terbabit dalam industri seni tanah air berkata, beliau kini lebih selesa bekerja secara sukarela mengikut kehendak sendiri daripada menerima tawaran tetapi dibayar seadanya.
Pelakon serba boleh yang sinonim dengan watak air mata itu juga berkata bakat yang ada pada seseorang pelakon atau seniman di negara ini tidak dipandang tinggi oleh pihak tertentu terutama syarikat produksi drama, sebaliknya mereka lebih melihat kepada jumlah pengikut di media sosial.
“Sangat berbeza di luar negara kerana mereka lebih menghargai bakat yang ada pada seseorang seniman. Bukan kita minta anak seni disanjung atau ditatang tetapi hormati mereka,” kata pelakon kelahiran Tebrau, Johor itu.
Terdahulu, Wan Maimunah yang juga pemenang Artis Komedi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian dari 1992 hingga 1996/1997, berkata, sumbangan dan sijil penghargaan yang diterima sempena Sambutan Hari Seniman Negara Peringkat Negeri Melaka merupakan antara anugerah paling bernilai buat dirinya.
Beliau berkata, sumbangan itu menunjukkan masih terdapat pihak yang tidak melupakan golongan seniman di negara ini dan menghargai jasa mereka terhadap industri seni tanah air.
Pada majlis itu, pelakon tersebut menerima sumbangan makanan, wang tunai dan sijil penghargaan yang disampaikan Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri Ngwe Hee Sem dan turut dihadiri Pengarah Jabatan Penerangan Melaka Shahrom Ravin Daram Abdullah.
Sumber asiakini
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply