
KETIKA kemelut rumah tangga Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana heboh diperkatakan netizen, nama penyampai radio Suria FM iaitu Shuib turut terkena tempias gara-gara meninggalkan ucapan tahniah kepada pengarah tersebut selepas mengumumkan sudah berkahwin dua.
Melihat ia hanya sekadar ucapan kepada seorang sahabat, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 39, berkata dia terkejut apabila melihat reaksi netizen itu dan berpendapat hal tersebut tidak perlu diperbesarkan.
“Memang terkejut kerana ramai yang kecam dan anggap saya menyokong isu poligami. Ia hanyalah sekadar ucapan apabila orang telah selamat berkahwin.
Shuib terkejut reaksi peminat yang sengaja perbesarkan ucapan tahniah.
“Sehinggakan nama saya menjadi bualan di Twitter dan ada yang boikot saya. Saya pun tak faham kenapa ia jadi begitu besar.
“Janganlah sampai begitu sekali. Orang tengah bahagia, kita raikan dia sebagai pasangan yang baru kahwin,” katanya kepada mStar.
Shuib ditemui selepas bersiaran secara langsung untuk segmen Morning Morning Suria di atas kapal pelayaran mewah Cruises Dream pada Rabu.
Mengakui sedikit terkesan dengan kecaman dan kata-kata negatif netizen, Shuib bagaimanapun percaya perkara yang tular di media sosial sebegini akan cepat dilupakan.
“Apabila ada yang nak boikot, mula juga rasa bimbang. Saya ini ada perniagaan dan mempunyai ramai pekerja. Takut beri kesan kepada produk sendiri.
“Bagaimanapun saya faham isu di media sosial ini tidak akan lama. Mungkin hanya seminggu dua sahaja. Nanti lama-lama orang akan lupa.
“Saya secara peribadi tiada masalah dengan isu poligami. Itu bukan satu kesalahan dalam agama,” ujarnya.
Berkongsi perkembangan kerjayanya sebagai penyampai radio, Shuib diberi kepercayaan untuk menyambung tugas di Suria bagi tempoh setahun bermula Januari 2023 selepas kontrak tiga bulan tamat sejak Disember lalu.
“Saya seronok bekerja dengan Suria. Kejayaan yang dicapai oleh Suria juga melibatkan kerjasama semua rakan setugas.
Trio Morning Morning Suria bergambar bersama The Malaysia Book of Records.
“Tahun 2023 juga saya anggap sebagai tahun bekerja. Banyak lagi projek bersama program televisyen dan saya akan lancarkan lagu baru,” jelas.
Trio Morning Morning Suria yang turut dikendalikan oleh Ajak dan Suraya Borhan mencipta sejarah apabila tersenarai dalam The Malaysia Book of Records apabila bersiaran selama dua jam dia atas kapal pelayaran pada Selasa.
Sumber Mstar .
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply