Suami Fatin Afeefa Dituduh Riak Tayang Pendapatan RM76K Seminggu, Rupanya Ada Satu Benda Yang Dia Cakap Buat Ramai Berang

Semenjak mendirikan rumah tangga dengan suaminya Aliff Awang, pelakon Fatin Afeefa sering kali menjadi perhatian netizen di media sosial. Pasangan ini juga selalu merakamkan video bersama di platform Tik Tok dan menunjukkan gelagat mesra mereka.

Baru-baru ini pula, sebuah video dari sesi ‘live’ yang dilakukan pelakon itu tular dan meraih tontonan ramai. Di dalam video yang dikongsikan itu, kelihatan Fatin Afeefa menjawab soalan-soalan yang diajukan netizen semasa sesi ‘live’ itu sebelum turut disertai suaminya yang mesra dipanggil Opai.

Apa yang membuatkan ramai terkejut ialah Opai kemudian menunjukkan pendapatannya trading forex di mana dia mendapat RM75,915 dalam seminggu. Opai turut berseloroh ‘membahan’ kaum single yang menonton ‘live’ tersebut kerana tidak dapat membuat perkara yang dilakukannya itu.

“Dah lah single, takde duit pula tu. Hari ini saya dapat 15,000USD (RM67,000). Minggu ni saja dah buat 17,500USD (RM76,000). Korang semua sayuran!”

Perkongsian itu kemudiannya menerima pelbagai reaksi dari netizen yang menganggap lelaki itu cukup riak dan berlagak dengan kemewahan yang dimilikinya itu. Malah ada juga yang tersinggung dengan kenyataan yang dikeluarkan lelaki itu tentang mereka yang masih belum berkahwin.

Dalam masa yang sama, ada juga yang meminta netizen menyimpan video tersebut sebagai bukti sekiranya sesuatu berlaku kepada lelaki itu pada masa hadapan. Video yang dimuat naik di akaun pengguna Tik Tok itu kini telah meraih dua juta tontonan setakat ini.

“Jangan nanti jatuh terduduk pulak opai haha.”

“Dah lah single, takde duit pulak tu, terasa hati orang bang.”

“Bukan main dia meninggi diri eh, hehehe. Doakan dia terus maju jaya.”

Selalunya yg mcm ni akan makin kaya. Diizinkan dpt rezeki lebih mcm ni. Taktau kenapa jadi mcm ni. Yg betul2 jaga sumber pendapatan tu selalunya rezeki biasa2x je malah kdg tu tak cukup. Entahlah.

Awal lagi,manis lagi….tungu lah Muslim tengkujuh nanti,doa baik 2.

Kalau terciduk ni abis viral balik .

Sekadar info, Fatin Afeefa mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama pilihan hatinya, Aliff Awang dalam sebuah majlis tertutup. Berita pernikahan pelakon ini juga turut membuatkan ramai yang terkejut kerana Fatin Afeefa tidak memaklumkan lebih awal mengenai tarikh pernikahannya itu.

Sumber Syor.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*